Tuesday, January 27, 2009

Cuti Tahun BAru Cina itu...

Hmm.. dah lama rupanya aku menghilang kan.. selepas dari entry Arwah Syawal  tu terus saja aku diam, tak terkutik-kutik kata orang, entah la orang mana yang kata macam tu.. lepas saja  laporan tu aku jadi sibuk la pulak.. entah macam mana boleh jadi banyak keja.. fotostat saja tak berhenti-henti... tak menyempat nak nak guna pc.. balik rumah lak dahjadi maleh nak ngadap pc.. jadi nya sepi gitu la blog ni kan..?
Abis bab tu, masuk lak bab raya cina nih, aku sebenarnya tak ada la perancangan apa sangat.. cuma nak dok kat umah saja... boleh layan Anieq yang dak makinkurang tido, tapi nak duduk atas lantai saja keja dia, tapi aku letak la 'toto' kecik tu, jadi dia pon dok tergedang kat situ, dah tu dok cari apa tah kat siling.. dok bilang cicak kot.. he hee jangan ngap ta*k cicak dah la... sekali baru lah perasan yang Adieq Anieq ni dah nak meniarap rupanya, baru dok latih skil nak pusing badan... bila dah tak boleh pusing tu, dia mula naik angin nangis nak tido... 

adik anieq dok belajar berpusing dah

Dah dok kat rumah ni, dah jadi meriah la pulak.. kak aku kat Shah Alam balik, penuh la kat umah dengan bala tentera dia, termasuk si kembar tu, hmm lupa lak nak amik gambar depa.. he hee.. jadinya riuh rendah la rumah yang biasanya sepi... nasib baik juga adik Anieq tak meragam sangat pasai depa bising, tapi yer lah nama pun budak-budak mana nya tak bising kan, bukannya kat lebri.. boleh la larang orang jangan bising.. he heee.. jadi aku tengok ok jer 
lah, adik Anieq leh tido elok jer tak la terkejut macam tu... Hmm bile dah lepak kat umah, ni dah jadi jemu la pulak kan, Sehari dua tak pa la, bila dah lama tak jalan-jalan.. mesti boring punya... terutama budak Athirah tu, macam-macam hal di buatnya, abis bedak talkum Angah dia di buat main, adeh la... sempat juga bawak depa jalan-jalan gi Jitra, sehari sebelum raya cina, lain nye depa jalan sendiri-sendiri la... Athirah ni bawak jer lah  gi taman, biar dia dok main buaian, jonkang jungkit ker, papan gelongsor ke..( aduh istilah apa aku pakai ni..?), begitu lah empat hari cuti berlalu.. 
Athirah.. tak penah puas main kat taman

Adik Anieq juga turut terkinja-kinja nak gi main kat taman sama..
Hmm gambar bertiga saja.. lor abah dia dok tangkap gambor saja la...

Wednesday, January 21, 2009

Mengadap Ilahi

Arwah Sayal Yassin

Jurukamera RTM Perlis meninggal dunia

KANGAR 21-01-09 – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis, Sayal Yasin, 53, meninggal dunia di sini malam kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

Sayal yang pernah berlakon drama televisyen selain berkebolehan menyanyi, menghembuskan nafas terakhir ketika mengunjungi rumah seorang penduduk di Utan Aji pada 9 malam.

Isterinya, Siti Hawa Ahmad, 44, berkata, Sayal pergi ke rumah itu untuk mendapatkan penawar kerana tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Allahyarham yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan dan menetap di Kampung Pak Lengah dekat sini, mengadu tidak sihat sejak seminggu lalu dan telah memohon cuti sakit kerana badannya semakin lemah.

Sayal mempunyai dua orang anak, Mohd. Sahir Fazli, 26, dan Norshahida, 24.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Anggota Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad dan beberapa ketua jabatan.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Behor Masjid tidak jauh dari rumahnya tengah hari semalam.


**************
aku kenali dia sebagai seoarang jurukamera RTM, selalu kelihatan di mana-mana kalau ada state function atau pun kalau ada function kerajaan pusat, atau pun pilihanraya, atau apa-apa saja yang boleh di jadi kan cerita, selalu saja nampak dia, selalu juga datang ke perpustakaan jika terdapat sebarang program terutamanya kalau melibatkan MB dan juga exco-exco lain, selain dari itu, kampung tempat tinggal nya tak jauh dengan rumah aku, rumah dia bersebelahan dengan rumah kawan aku yang kena stroke hari raya korban hari tu, selain dari itu, beliau juga merupakan kameraman bidan terjun majlis pernikahan aku, apa pun aku ucapkan takziah kepada keluarga beliau.. anggaplah ini semua sebagai satu ujian dari pada Nya, agar kita menjadi orang yang lebih tabah, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah..

credit:-
berita-Utusan Malaysia
gambar - bernama 

Sunday, January 18, 2009

Gambar Kenangan.....

Sudah lama rasanya aku tak kerosek mailbox aku... aku biar saja samapi ada beratusan email dalam tu.. aku cuma buang yang junkmail yeng terlepas sahaja... entah angin timur apa tah hari ni maka aku godek-godek tengok email.. tiba-tiba aku terperasan ada satu email aku kepada kakak aku kat shah alam tuh.. yang tak sampai-sampai.. bila aku bukak tengok.. o oada gambar masa majlis pertunangan... he hee layan je lah ye... 
Ini adalah antara ahli-ahli rombang wakil sebelah keluarga aku(sebelah kiri), disebelah kanan ialah dari wakil keluarga mem aku.. tengok depa jaga pintu rumah tak bagi keluar... he hee
Ini adalah hnataran pengikat kasih dari sebelah keluarga aku.. ada buah-buahan, ada kek, ada gula asli pelbagai warna, yang lain aku tak ingat 10 atau sebelah semuanya.. hu hhhu lain di rancang lain yang jadi.. murah rezeki tandanya tu...
Nih kali pertama mem aku jumpa mak, dan mak pon nampak gumbira sangat, maklum la orang nak dapat menantu, dan rupa-rupanya dia dapat pengganti orang yang nak jaga makan minum aku.. 
nih mem aku selepas di tunangkan dengan aku... eh mana gambar aku...?
Aku sebenarnya tidak ada di persekitaran tu, hanya menjadi penunjuk arah akan jalan yang patut depa lalui dan tujui, selepas tu dengan segala hormatnya di mintak balik, hu huu berlalu la aku dengan membawa kereta secara longlai, tunggu cerita di rumah sajalah.. macam mana nak bergambar kan, dah nasib badan kena rumah orang-orang lama yang mana adat dan adab di pegang sepenuhnya... 

Sudah seperti biasa..

Alhamdulillah, kesihatan aku dah pulih, dah hampir seperti biasa, hari ni dah datang bekerja macam biasa, semangat pun beransur-ansur pulih ( waaa.. smp macam tu?) .. dan sesungguhnya dua hari cuti hujung minggu memang cukup untuk merawat demam ini....

Dua hari cuti hujung minggu  pon sebenarnya , tak banyak yang dapat di lakukan, banyak dengan kerja-kerja mengepong Athirah... macam-macam la dia buat perangai masa cuti, berapa botol kecik lactogen yang di habiskan sehari, air kotak, air milo, susu dan entah bermacam-macam makanan yang di mintak, jenuh la kami berdua dengan angah dia nak mengawal Athirah ni, kejap terantuk, tengadah, jatuh basikal, tengok katun.. entah berbagai-bagai lah.. adeh letih eden.. 


Petang lepas asar baru lah jalan-jalan naik keta, sekarangan susah lah sikit nak jalan naik moto, ada dua org lagi yang nak ikut.. so macam mana nak muat kan..?...........................  adeh ntah lah.. apa dah aku merapu taip kat sini, ngantuk lah pulak....

Thursday, January 15, 2009

Tak berubah....

Tahap demam aku masih lagi ada sikit-sikit saja lagi, tapi aku di serang kemalsan yang amat sangat, plus tekak aku masih sakit, tak boleh nak makan makanan yang agak pejal, hmm makan moi ( bubur nasi) atau pun nasi sesenduk, kuah semangkuk... itu saja yang dapat aku telan buat masa nih, lebihnya air suam... mulut pon masih lagi pahit-pahit terutamanya waktu bangun tido... tekak pon amat perit masa nih.. he hee.. walaupun begitu aku gagahi juga diri ku ke pejabat.. kalau tidak.. tido pon sodapp nih.. 

Wednesday, January 14, 2009

Dah kerja.. tapi masih ting tong...

Pada dasarnya demam ku dah makin ok, tapi tu la.. tak stabil.. kejap ok kejap tak, mungkin pasal kena aircon.. dah tu pulak angin kat luar pon kuat dah tu sejuk jugak.. maklum lah 'winter wind' dah kembali.. dan tahun ni aku rasa agak sejuk dari tahun lepas la.. kalau dalam pukul 12 tengah malam ke atas tu memang sejuk sangat, tepaksa tarik selimut juga la.. mungkin juga demam ini berkaitan dengan musim yang bertukar.. okeh lah nanti dah ok aku sambung balik la... kepala dah ting tong nak cari bantal.. tapi di mana boleh ku dapat bantal kat opis nih.. adeh tahan je la sementara nak sampai umah... 

Demam.. jadi daku tidak bekerja hari ni

Entah pasai apa badan aku ni yang jarang demam (selesema tu slalu arr), hari ni di landa demam.. sejak dari malam lagi badan ku dah rasa bisa-bisa, lepas tu sakit sendi lagi, lepas berat kepala lagi, ingatkan lepas mandi sebelum subuh tadi aku lega la.. tapi rupanya sakit ku menjadi-jadi adanya, rasa malas, nak tidur saja, jadi kat pejabat tadi terus aku amik borang cuti dan isi serah kat pegawai aku.. malas dah aku nak naik gi admin, aku juga malas nak gi klinik untuk amik MC pasal dah gerenti kena tunggu lama nanti... baik lahaku tido.. kang sekerat hari dok tunggu nak jumpa doktor.. 

Moga-moga menjelang esok aku akan sembuh seperti sediakala... ok lah ciowwww 

Tuesday, January 13, 2009

Berita Ketinggalan!!... kelapa kembar


KANGAR 17 Nov. - Seorang peniaga gerai di Jalan Penjara di sini menjumpai sebiji kelapa 'kembar' yang mempunyai dua tempurung di dalamnya.Aziz Osman, 42, berkata, kelapa muda yang kelihatan pelik itu ditemui ketika dia sedang membelah kelapa berkenaan hari ini untuk dijual kepada orang ramai. Katanya, penemuan kelapa muda pelik itu merupakan kejadian pertama dalam hidupnya sejak berniaga air kelapa lebih 10 tahun lalu.
''Saya menemui kelapa itu ketika membelah 15 biji buah kelapa dalam satu mayang untuk berniaga, tetapi apabila membelah buah kelapa yang terakhir, saya agak terkejut apabila melihat di dalamnya ada dua tempurung seakan-akan kembar.''Saya yang kehairanan terus menunjukkan kepada isteri saya dan dia pun berasa hairan dengan penemuan kelapa kembar ini," katanya di sini hari ini.
Aziz berkata, disebabkan sukar menemui kelapa yang mempunyai tempurung kembar seperti itu, dia berhasrat ingin menyimpan buah kelapa muda yang telah dikopek itu sebagai kenangan.''Semua pelanggan yang datang hari ini juga berkata tidak pernah melihat kelapa yang mempunyai dua tempurung di dalamnya dan ini merupakan kebesaran Allah.''Tetapi jika ada sesiapa yang berminat mungkin untuk dijadikan koleksi peribadi atau koleksi barangan aneh, saya bersedia untuk menjualnya," katanya.


Kenapa, aku masukkan berita yang dah ketinggalan nih, sebenarnya aku baru saja terjumpa berita ini, sungguh aku ketinggalan rupanya, kalau tak mesti aku dapat berita 1st  hand, nih dah seconhand malahan dan lapuk pon.. walau pon apa-apa pun sebenarnya aku suka dengan rojak buahnya,, cukup likat dan dan rasanya pun enak.. he he selain dari itu dia juga jual buah-buah tempatan dan juga air kelapa, serta lengkong (cincau).. more pictures after this

Sunday, January 11, 2009

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US

Ada ura-ura nak boikot barangan US/Yahudi.
Jom kita tengok list dia..


AOL Time Warner
Time Life magazine
CNN
ICQ
Apax Partners
Jonny Rockets
Sunglass Hut
Arsenal Football Club
Coca-Cola
Fruitopia
Fanta
Kia Orange
Lilt
Sprite
Sunkist
Caterpillar
Danone
HP foods
Evian
Volvic
Jacob
Delta Galil
Hema
Barbie
Carrefour
Auchan
Tchibo
Victoria's Secret
GAP
Banana Republic
Structure
J-Crew
JC Penny
Pryca
Lindex
DIM
DKNY
Ralph Lauren
Playtex
cK
Hugo Boss
M&S
Disney
Emblaze
Estée Lauder
Aramis
Clinique
Prescriptives
Origins
MAC
La Mer
Bobbi Brown
Tommy Hilfiger
Jane
Donna Karan
Aveda
Stila
Jo Malone
Bumble & Bumble
Kate Spade
Home Depot
Villager's Hardware
Georgia Lighting
Apex Supply
EXPO Design Centres
IBM
Intel
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark
Kleenex

Kotex
Huggies
AndrexLewis Trust Group
River Island
Isrotel hotels
Britannia Pacific
The Limited Inc
Express stores
Lerner New York
Structure
New York & Company
Mast Industries
Intimate Brands
Bath & Body Works
White Barn Candle Company
Henri Bendel
L'Oreal
Giorgio Armani
Redken 
5th Avenue
Lancome Paris
Vichy
Cacharel
La Roche-Posay
Garnier
Biotherm
Helena Rubinstein
Maybelline
Ralph Lauren
Carson
Marks & Spencer
St.Michaels
McDonald's
Motorola
Nestle
Nescafé
Perrier
Vittel
Pure Life
Carnation
Libby's
Milkmaid
Nesquik
Maggi
Buitoni
Cross & Blackwell
KitKat
Milkybar
Quality Street
Smarties
After Eight
Aero
Polo
Lion
Felix cat food
Nokia
Revlon 

Sara Lee
Hanes
Champion
Leggs
Douwe Egberts
Bryan
DIM
Ambi Pur
Bali
Superior Coffee
Just My Size
Kiwi
Maison Cafe
Nur die
Pilao
Lovable
Outer Banks
Wonderbra
Sanex
Pickwick
Gossard
Body Mist
Brylcreem
Aqua Velva
Radox
Siemens
Selfridges
Starbucks
Seattle Coffee
Pasqua
Hear Music
Tazo
Timberland

TV : Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. 
UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. 
Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. 
US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

New World Entertainment, Forbes



----------------------------------------------------------------
Tengok tuh berapa banyak barang yang nak kena boikot... walau macam mana pon kita pakat pakat cuba lah yo.. setakat mana yang mampu.. emm kalau kita tengok dari senarai ni (mungkin masih ada lagi yang tak di senaraikan), bertapa kita banyak bergantung pada barangan di atas, betapa tanpa sedar, kita sebenarnya telah diikat (tapi tak bersimpul mati) dengan mereka ni, tapi kan berapa banyak barangan tempatan, serantau yang kita boleh bergantung harap, rupanya kita masih lagi kedil.. masih jauh perjalan dan perjuangan kita.. 

Ini adalah entry 'copy & paste' , kredit di tujukan kepada 

My Photo
Ungku Nor  





Wednesday, January 7, 2009

Takziah...

Takziah buat rakan sekerja aku, Fitri diatas kembalinya ke Rahmatullah ibunya pada pukul 3.45 petang kelmarin, dijangkakan akan disempurnakan pengembumianya pada pukul 11.0 pagi ini, semoga beliau tabah menghadapi saat2 getir dan pilu ini. Rumah Fitri ni berhampiran dengan rumah mertua aku, jadi kebetulan aku balik rumah mertua aku petang kemarin jadi sempat lah aku menziarah keluaga beliau semalam walaupun beliau tiada ada mungkin menguruskan perkara-perkara lain.. apa-apa pun semoga roh ibu beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. Al fatihah...
Fitri dan puterinya.
Update..!!
Tengah hari ni juga aku mendapat satu lagi perkabaran sedih, ayah pada sorang lagi kawan aku, Basariah Bakar yang kini bertugas di UiTM Arau Perlis telah kembali ke Rahmatullah, kerana penyakit penat (athma) semoga beliau tabah dengan peristiwa sedih ni, juga semoga roh ayah  beliau juga di tempatkan bersama-sama orang yang beriman, takziah untuk beliau sekeluarga..
gambar lama
Gambar semasa sama-sama bertugas membuat aktiviti di perpustakaan, aktiviti lawatan ke Muzium Kedah entah tahun berapa.. dah lama daha ni.. mungkin dalam tahun 96 atau 97.. dah sepuloh tahun dah ni... 

Tuesday, January 6, 2009

Comot & Comel...

Kesah si Athirah yang comot dan juga yang comel nya.. jom...!!

Monday, January 5, 2009

Pelangi pagi...

pelangi di sebalik awan...
Sebenarnya bukan sesuatu yang ganjil sangat pon, kejadian pelangi antara awan ke awan adalah perkara biasa sahaja, tapi telah lama aku tak kelihatan, kebetulan masa aku nak kuar pergi kerja tadi masa tengah drive aku ternampak, jadi aku berhenti kan keta kat tepi, just snap dua keping gambar nih dan terus pergi kerja, dalam pemikiran aku, boleh juga buat modal entry aku hari ni.. okeh.. boleh..?

Friday, January 2, 2009

Notis..

Uhh, ada juga terasa sentapz di hati ku membaca notis ini, mungkin juga aku  ada menggunakan ruang kerja untuk menjalankan kerja-kerja personal, tapi bukannya selalu, cuma kekadang sahaja, aku rasa bukan aku sorang sahaja yang terasa tapi ramai lagi kakitangan yang terasa, tapi apa nak buat kan? kaki dan tangan dah terikat... mau tak mau kena ikut saja laa..