Tuesday, February 23, 2010

Update projek A.. untuk dua hari...







23/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Hmmm projek A masih lagi dengan kerja-kerja dasar, semuanya aktiviti yang di jalankan adalah kerja-kerja bawah tanah.. hmm banyak modal habis kat sini, membuat beam asas, beam setinggi 18 inch bersesuaian dengan beam rumah lama, semalam kerja-kerja menanam cerucuk dan membuat asas tiang, hari ni balik je tengahari tengok-tengok besi bar panjang dah pon di pasang, isk cepat sungguh depa buat kerja.. layan je lah tengok gambar..nak cerita bebanyak pon susah tgk aje lah...

Monday, February 22, 2010

update.. projek A







23/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Hmm dah dua tiga hari aku tak update pasal projek A nih, pasal dok sibuk dengan Pesta Buku di Perpustakaan, apa-apa pun progress pembikinan projek A ni, amat lancar dan semakin rancak.

Masuk hari kedua, kerja-kerja membuat persiapan untuk kerja-kerja konkrit telah di mulakan, seperti besi pencacah untuk tapak, lepas tu kayau bakau untuk menguatkan tapak, juga besi dasar untuk tiang juga dah siap, mungkin hari ni pengorek akan datang untuk korek lubang dan lepas ni kerja ker ja konkrit bermula,.

Semalam juga mesin cement mixer dah sampai, kemudian jalan nak masuk ketapak juga telah siap, juga begitu juga bahan seperti simen, batu dan pasir juga telah sampai dan siap ada kat tapak..

Saturday, February 20, 2010

Projek A - Bermulaa....



20/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Yuhuuu.. Projek A dah bermulaaa.. haa pagi tadi dah berjumpa dengan kontraktor tu sekali lagi, bertanya tentang dua tiga perkara, ini termasuk lah bab drainage, cat dan juga dua tiga perkara, cat masih lagi lom selesai pasal kena tmbah lagi 1.5K, tapi pada dasarnya benda2 lain dah selesai... dah dah bersetuju nak jalankan Projek A nih.. jadi kontraktor tu kata se awal besok pagi projek tu akan bermula.. hmmm aku ye kan saja la, pasal mana ada barang-barang nak buat lagikan.. ala-ala macam tak caya lah kan..

Tapi rupanyaa sangkaan aku jauh meleset la, rupa nya kontrakor tu mmg sesangat serius ooo, seawal pukul 3.30 ptg nih dia dah hantar raw material, nak buat kerja-kerja besi untuk kerangka bawah rumah.. haaa apo nak kato.. he hee..

Wednesday, February 17, 2010

Pesta Wau @ Kuala Perlis

Pertandingan Wau ini telah di jalankan pada 15 - 16 Februari hari tu, tak pun aku hadiri, cuma masa nak balik umah mertua hari tu aku lalu dan nampak persiapan yang sedang di jalankan, gambar ni aku pinjam dari Omar dari Redframe.. dah lama tak kedengaran pertandingan wau macam ni, dulu pernah juga aku terlibat masa zaman sekolah menengah dulu, menaikkan wau yang di buat oleh Tok Pin belakang umah aku tu, dalam pertandingan peringkat Negeri, tapi tak pernah menang, tapi keseronokan bagai Pesta itu cukup meninggalkan kenangan...

Tuesday, February 16, 2010

Projek A




17/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Ini projek terbaru, menambah ruang bilik. Bilik ku kini sudah terlalu sesak, dengan almari mama dan abah, almari anak-anak letak di ruang tengah rumah, juga ruang nak melonggok kain baju yang beli terlipat lagi, hmmm jadi create lah satu bilik tambahan, InsyaAllah mungkin seminggu dua lagi akan bermula.. mungkin akan jadi macam ni, hmm aku masih tecari design lagi.. ada cadangan ..

Pesta Buku Datang Lagi....

17/02/2010 .. pemasanngan khemah
18.02.2001 10.00am - Pendawaian Elektrik
18.02.2001 12.00am - Persiapan gerai bermula

Originally uploaded by Sikelu
Inilah di maklumkan bahawa Pesta Buku Perlis, Anjuran Bakerp, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis akan diadakan pada 19 - 24 Februari 2010 bermula dari Jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam

Antara acara tetap yang akan berlangsung pada setiap hari:
-Gerai Jualan Barkerp -
-Pameran Perpustakaan-
-Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN
-Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan oleh AADK
-Pameran Jabatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerja
-Pameran Jabatan Tenaga Kerja
-Sudut Permaianan Ilmu
-Wayang Pacak
-Kempen Kutip Buku - Yayasan Tuanku Syed Putra
-Kempen Daftar Ahli
-Pameran dan Jualan Buku
* Darul Fikir,
* Pustaka Yamin,
* I Book,
* Pustaka Shah,
* Pekan Ilmu,
* Suhail,
* Indera Store,
* Muslim Art,
* Farana Books,
* Toko Buku Cahaya Baru,
* Score A,
* Cerdik Pub.,
* Pustaka Union,
* Jendela Informasi..

Juga Khas untuk pelajar sekolah :-
- Bengkel Teknik Menjawab PMR (Sains)-19.2.2010-2.45ptg
- Bengkel Teknik Menjawab PMR (Matematik) - 19.2.2010-8.00mlm
- Bengkel Teknik Menjawab UPSR (B.Inggeris)-20.2.2010-8.30pg
- Bengkel Teknik Menjawab UPSR (Matematik)-20.2.2010-8.00mlm
- Bengkel Teknik Menjawab SPM (B.Inggeris)-20.2.2010-2.00ptg
- Bengkel Teknik Menjawab SPM (Matematiki)-21.2.2010-8.30pg
- Bengkel Asas Bahasa Arab (Ting 1 - 5)-21.2.2010-8.00mlm
* semua bengkel ini dijalankan di Dewan Syarahan Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
* Bayaran dan Pendaftaran sila hubungi #Pn Zairina (017-4696110)#Cik Haizatul Afni (0194652485)

Monday, February 15, 2010

Cuti-cuti datang lagi...








16/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Yehaaa.. cuti-cuti datang lagi, ramai yang balik kampung, ramai yang pergi berkelah-kelah, juga yang pergi melancong-lancong.. (ape ke bahasa nih..?). Hmmm aku ingat dalam musim musim panas macam ni duduk di rumah saja la, tengok citer cine ka, apa ka, kalau tak boleh juga membalut mempelam harus manis ka, rupanya mem aku dan family sudah bikin plan mau pegi manid-mandi, dan tempat tujuannya ialah The Carnival Sungai Petani..

Walaupun pada awalnya buat plan nak bertolak seawal 8.00pagi, tapi bila melibat 2 - 3 keluarga, plus duduk berasingan, plus bebudak kecik lagi menjadi kan plan bertolak awal hanya lah satu angan-angan saja bila dekat pulul 10.00pagi baru boleh bertolak, sok sek pi sok sek mai dekat pukul 1.00 tgh ari baru sampai, semenatara nak beli tiket la, makan-makan sebelum masuk. akhirnya dekat pukul 1.40 baru leh masuk.

Masuk saja, dengan tak bertangguh terus salin-salin, dan berkejaran kat water park tu, orang agak ramai juga la, tapi masih agak selesa untuk bersantai-santai bersama anak-anak, Athirah macam biasa  tak kiran tengah panas atau teduh, terus main air bersama sepupu-sepupu serta pak-pak menakan dia, tak usah di larang la, tak tahu takut, dia pakai main hantam saja la, Anieq pula ni la kali pertama dia terjun air, ingatkan nak nangis-nangis ketakutan, tapi juga dok mengapai-gapai dok main air juga,  sampaikan tak mahu naik!

Dah berendam selama hampir 3 jam lebih baru lah masing-masing naik dan membersihkan diri, hmm dalam masa tu juga depa leh buat plan nak terus ke Penang, bershopping kat Queensbay. Sampai kat Penang, dah pukul 6.00 petang, pusing sana, pusing sini, akhirnya tak ada apa sangat pon yang di beli, pukul 9.30 malam baru bertolak balik rumah, singgah sekejap kat hentian Gurun, baru bertolak balik, sampai umah dah dekat 1.30 pagi, hah puas berjalan kali tuh kan..?

Friday, February 12, 2010

.. menjelang cuti-cuti


12/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Di kala orang di bandaraya, bandar-bandar, pekan-pekan mula pulang di diesa, pekan-pekan kecil di hujung negeri nih pulak keadaan semakin sesak, di Pekan Kuala Perlis pula bas-bas makin banyak membawa penumpang bercuti di Pulau Langkawi.. semuanya meninggalkan bandar-bandar besar mencari ketenangan di serata pelusuk negeri, di samping warga Tionghua aakan menyambut tahun baru cina pada hujung minggu nanti...

Thursday, February 11, 2010

Pesta Buku Datang Lagi....

Mari lah mari,
sesiapa yang berada di kawasan Kangar dan sewaktu dengannya, 
malahan sesapa yang berada di mana-mana pon,
di gakakkan datang beramai-ramai,
Masuk adalah percuma... 

Wednesday, February 10, 2010

..sekadar menjengah


10/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
dah hampir sebulan rasanya ia dibuka, baru kini dapat menjengah

Tuesday, February 9, 2010

... bertugas di kaunter


10/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Pagi ni bertugas di kaunter bersama Usop yang sedang bekursus untuk menggunakan Sistem Perpustakaan, beliau merupaka petugas di Perpustakaan Desa Padang Siding..

family ku...






Originally uploaded by Sikelu
Aku selalau bersama mereka, berjalan-jalan, bersiar-siar malahan kemana-mana bersama mereka tapi kesempatan untuk bergambar bersama mereka cukup terhad... hanya sesekali kesempatan itu hadir, namun kesempatan yang hadir tak bermakna juga kalau suasana tak kena, malahan bermacam-macam boleh terjadi bersama dua orang bocah ni, keaktifan mereka kadang-kadang sukar dijangkakan..

Walaupun hari ni aku balik lambat dari kerja, tapi kena juga luang sedikit masa membawak anak-anak ku ni untuk berjalan-jalan dan bersiar , tidak kemana-mana sangat, cuma sekadar di tepi pantai di Kuala Perlis memerhati mentari yang akan kembali ke peraduannya. Dalam perjalanan balik juga sempat singgah sebentar di pasar Malam Kuala Perlis, membeli sedikit jajan untuk anak-anak.

Dalam berjalan-jalan melihat barangan jualan, tiba-tiba aku ternampak benda-benda ni nih dari jauh, isk la apa kebendanya macam tabung gas saja, tak pon filter air saja, sudah tentu benda-benda yang berwarna warni macam ni mudah menarih perhatian, bukan sekadar anak-anak ku, juga abahnya.. bila aku hampiri baru lah aku tahu rupanya hanyalah payung yang berkaki-kaki tuh, payung yang jenis boleh lipat dan batangnya di pendekkan, di masukkan kedalam sarung yang berwarna warni dan di letak berdiri macam ni mmg meberi satu persepektif tarikan baru.

Sampai di rumah maghrib dah pertengahan, ternampak pulak api di sana sini, tapi bukan lah satu kebakaran yang besar, hanya jerami yang di bakar di sana sini di pelusuk kampung berhampiran, memberi satu pemandangan asing aneh dan kekadang mengerikan, bila sesekali api menjulang tinggi, ini dah jadi suatu kelumrahan di musim kering ( .. walaupun sesekali di basahi hujan). Membakar jerami padi secara tradisi leh murah dah efektif membuang penyakit padi..? 

Adeh.. kena balik lambat lak..



09/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Hmm.. hari ni aku tak keluar ke destinasi lagi.. kawan aku merangkap driver bas bercuti kerana Pak Mertuanya sedang tenat di Kulim, terpaksa lah dia cuti.. Aku tengah bercadang-cadang nak siapkan statistik tapi terpaksa menggantikan kawan di kaunter dah tu pulak terpaksa pulak aku balik lambat, sorang pekerja kaunter dah MC, sakit mata.. hmm mau jadi 2 - 3 hari, manakala sorang lagi ader urusan yang perlu di selesaikan..terpaksa lah aku gantikan, kalu tak hari ni kena esok, tapi aku rasa baik amik hari ni siap2, senang.. esok boleh keluar dengan bas.

Dalam musim2 macam ni, periksa masih lambat lagi, kerja sekolah belu banyak dan jugak assignment (.. fuhh assignment macam dok U.. jangan tak percaya dengan depa nih) belu di bagi, kebanyakkan bebudak sekolah masih aktif di padang, perkara lumrah sewaktu sekolah masih baru di buka di awal tahun. Jadi kat perpustakaan ni lengang saja lah.. itu yang tak bestnya kerja petang nih, sunyinya (.. tengok gambar tinggal sorang saja dok baca buku.!) yang boleh membawa kepada mengantuk.. adeh la...

Sunday, February 7, 2010

Projek akan datang...


projekA
Originally uploaded by Sikelu
.. InsyaAllah jika ada rejeki nanti, simple bilik untuk serbaguna buat masa nih

Saturday, February 6, 2010

Adik anieq yang kehairanan..


 hmmm..tingginya dia..
 ....sungguh dia terpesona,pasal apa ya?
ooo..buat belon tu

06/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Okeh, aku cukup melampau hari ni, 3 entry per day, abis tu dah la cuti, lepas tu kena ngasuh budak, nak wat keja lain pon tak boleh. bila depa dah lena terus cari laptop la, sambil2 dok menangguk buai.. he hee.

Okeh lepas saja mama balik dari kelas dalam pukul 3.40 ptg maka bergegas bersiap, destinasi kami ialah hendak ke Pasific Alor Setar untuk membaiki spek mata mama yang rosak. Dalam pukul 4.00 ptg baru lah boleh bertolak. Sampai kat pasific dah pukul 5.00ptg. hmm mujur lah tiada kesesakan, jadi memudahkan kerja.

Dalam dok melilau mencari kedai yang nak di singgah, terlalu pulak depan McD, dan athirah ternampak lak taman kat Mc D tuh, macam biasa lah Atnirah kalau nampak taman memang tak leh nak ketempat lain, jadi sangkut kat situ lah kejap, Mama, anieq dan angah terus ke pencarian masingak -masing tinggal lah aku dan athirah, tapi tak lama gak kat taman tuh pasai athirah namapk ada sorang clown kat Mc Da tu.., terus dia ajak aku balik, so terus kami cari angah dan mama, jumpa kat kedai 'kasih ibu', duduk kat situ jap kemudian baru singgah kat Pacific Alor Setar (tadi baru dok melilau kat luar)

Pusing sana, pusing sini, sambar tiga empat barang, tiba2 jumpa lagi clown.. (emm ramai lak clown hari ni), jadi sempat juga bercanda dengan clown ni, tangkap gambar lebih kurang, dapat sikit cenderamata dari depa (ala belon je) pastu terus pecut balik umah, sampai dah betul-betul nakmasuk Maghrib..

Friday, February 5, 2010

Aktiviti hujung minggu....


Originally uploaded by Sikelu
Yeah .. Sabtu datang lagi, ... dan macam biasa rutinnya, bangun je dari tido dah kena melayan adik Anieq, dia kalau hari cuti bangun je tido dah nak main-main, kalau hari pegi umah opah dia, sampai je dah nak tido lagi kadang kadang bangun dah 9,30 pagi, hmm mungkin kena tinggal macam tu buatkan dia tak de orang nakmelayan dia main kot.

Dah puas main kat atas tilam tu baru lah Ahirah nak bangun, tu pon dok bergolek-golek atas tilam, sampai pukul 9.00 baru nak bangun. Macam biasa juga hari sabtu dan ahad mama ada kelas, jadi lepak di rumah saja lah ye...

Mentari senja...



06/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Biasanya aku suka mengambil gambar di waktu pagi, waktu munculnya mentari, tapi sesekali bila berkesempatan dan kena pada masanya mentari petang juga sungguh cantik di ketika nak terbenam. Bukan satu perancangan untuk bersantai menanti mentari jatuh sebenarnya, cuma petang ni teringin pulak nak pi pasar malam Simpang Empat, bukan nak beli apa sangat pun cuma, makann-makan, sedikit sayuran dan ikan.

Dah abis membeli di pasar malam, singgah sekejap di rumah mertua di Sungai Padang, on yhe way tu lah aku terpandang mentari yang mahu melabuhkan sayapnya begitu cantik dan telus cahayanya, terus aku berhentikan kereta dan snap gambar nih, mungkin orang yang lalu lalang pon heran tengok aku tangkap gambar, isk jakun mana lah pulak tu, kan..?

Athirah nak KeyEfSi



04/02/2010
Originally uploaded by Sikelu Phone Photo
Semalam, merayau-rayau pekan Kangar, saja saja nak bagi adik Anieq ngantuk, tapi sebelum tu sempat singgah umah kawan mama pasai depa nak settle kan depa punya assignment, hmm dah sampai pukul 9.00 malam baru nak siap, Adik Anieq pon dah separuh mengamuk, dah nak masuk time tidoq ...

Jadi tak tunggu lama la lagi dah bila siren dah bunyi, on the way nak balik tu Athirah lak bagi tua dia lapar, hmm tanya dia nak makan apa, macam-macam dia bagitau, last-last nak ayam KFC, hmm dah tentu malas nak pi KFC , nak parking payah, pastu budak-budak pon ramai, jadi sebagai alternatifnya pi kat sini saja lah .. mama dan abah tak mau leh layan makan ayam gorang jadinya hanya beli untuk Athirah saja.. hmm tu pon dia makan sikit saja., semenjak-dua menjak nih kurang sangat dia makan, minum jer, dah tu makan makanan ringan je.. isk susah jugak dengan dia nih...

Wednesday, February 3, 2010

eh.. nak hujan la...






03/02/2010
Originally uploaded by Sikelu Phone Photo
Hari ni aku rasa, adalah hari yang terpanas bagi musim kemarau kali nih, aku tak pasti berapa kepanasan dia, tapi mungkin lebih dari 40 darjah Celcius, aku agak je lah.. bayangkan ekon bas yang selalu kalau petang-petang macam ni boleh mencecah sehingga 17 darjah hingga 16 darjah, hanya sampai 19 arjah saja, itu dalam bas kalau kat luar lagi lah panasnya. Dalam masa ni juga aktiviti membakar jeramai padi giat sedang di jalankan, begitu juga denga pembakaran tebu, ini menjadikan suhu di permukaan menjadi lebih panas, dah tu pulak awai semakin tebal, menambahkan lagi suhu panas nih...

Waktu sampai umah petang tadi awan hitam, kelam dan pekat dah muncul, tapi tak menyeluruh, ada dalam satu kelompok yang besar, hmm entah kat mana hujan kan turun, jadi macam biasa balik lagi ke sungai padang, sebaik sampai kat sungai padang hujan turun menderu-deru dengan lebatnya, tapi tak la lama, dalam 20 minit hingga sejam saja.. tapi bila aku balik semula ke rumah tak do la hujan.. isk isk isk..