Monday, February 15, 2010

Cuti-cuti datang lagi...








16/02/2010
Originally uploaded by Sikelu
Yehaaa.. cuti-cuti datang lagi, ramai yang balik kampung, ramai yang pergi berkelah-kelah, juga yang pergi melancong-lancong.. (ape ke bahasa nih..?). Hmmm aku ingat dalam musim musim panas macam ni duduk di rumah saja la, tengok citer cine ka, apa ka, kalau tak boleh juga membalut mempelam harus manis ka, rupanya mem aku dan family sudah bikin plan mau pegi manid-mandi, dan tempat tujuannya ialah The Carnival Sungai Petani..

Walaupun pada awalnya buat plan nak bertolak seawal 8.00pagi, tapi bila melibat 2 - 3 keluarga, plus duduk berasingan, plus bebudak kecik lagi menjadi kan plan bertolak awal hanya lah satu angan-angan saja bila dekat pulul 10.00pagi baru boleh bertolak, sok sek pi sok sek mai dekat pukul 1.00 tgh ari baru sampai, semenatara nak beli tiket la, makan-makan sebelum masuk. akhirnya dekat pukul 1.40 baru leh masuk.

Masuk saja, dengan tak bertangguh terus salin-salin, dan berkejaran kat water park tu, orang agak ramai juga la, tapi masih agak selesa untuk bersantai-santai bersama anak-anak, Athirah macam biasa  tak kiran tengah panas atau teduh, terus main air bersama sepupu-sepupu serta pak-pak menakan dia, tak usah di larang la, tak tahu takut, dia pakai main hantam saja la, Anieq pula ni la kali pertama dia terjun air, ingatkan nak nangis-nangis ketakutan, tapi juga dok mengapai-gapai dok main air juga,  sampaikan tak mahu naik!

Dah berendam selama hampir 3 jam lebih baru lah masing-masing naik dan membersihkan diri, hmm dalam masa tu juga depa leh buat plan nak terus ke Penang, bershopping kat Queensbay. Sampai kat Penang, dah pukul 6.00 petang, pusing sana, pusing sini, akhirnya tak ada apa sangat pon yang di beli, pukul 9.30 malam baru bertolak balik rumah, singgah sekejap kat hentian Gurun, baru bertolak balik, sampai umah dah dekat 1.30 pagi, hah puas berjalan kali tuh kan..?

No comments:

Post a Comment