Wednesday, December 21, 2005

Wet Territory


Hari ni.. dah masuk hari ke 6 rumah ku dimasuki air.. dah enam hari juga tido ku tak menentu, memang inilah banjir bterbesar yang penah aku hadapi kat umah ku, seumur hidup aku ini lah pertma kali dan yang terbesar banjir melanda kat sini.. kalau dulu aku mengatakan kiranya banjir sampai ke umah aku, memang besarlah banjir yang melanda kat perlis.. dan memang itu lah yang berlalu.. banjir ini mencatat sejarah sebagai banjir yang tak diduga yang terbesar penah berlaku di Perlis. Keadaan hujan yang luarbiasa yakni hujan di luar musim yang berlarutan selama empat hari dan empat malam telah melimpah air yang luar biasa banyak nya dan mencatat bacaan melebihi paras waspada 29.40 meter di Empangan Timah Tasoh, di mana kemucaknya membawa kepada bacaan setinggi 30.00 meter menyebabkan ianya perlu di lepaskan secara berperingkat untuk menurunkan isipadu air di empangan. Kesannya limpahan ini menyebabkan banjir ke seluruh negeri Perlis.. lebih 40 pusat pemindahan banjir telah di buka bagi menampung lebih 8000 mangsa banjir. >>> panjangnya intro

Yang paling menjengkelkan aku ialah kemana hilangnya wakil rakyat yang telah dilantik, yang diangkat oleh rakyat.. sepanjang masa banjir ini tak nampak batang hidung pon.. bukan la hendak meminta simpati mau pun bantuan, tapi kesian juga pada orang kampung tertanya tanya mana la wakil rakyat mereka..
Ahh.. abis sudah citer banjir... kang aku letakkan gambor kat sini... nanti update entry nanti aku masukkan..

Emm.. satu hal lagi.. ari ni aku sembang ngan 'peep', korang jangan dok pikir bebukan pasal nama 'peep' ni, di bukannya bebudak jahat maupon bohsia ke, 'peep' sorang insan yang aku kenal, ari keciknya sampai sebesar2 nya, in fact aku leh anggap dia sebagai adik, moupun kekawan.. sekali aku ingat aku boleh nak angkat terus je, sesenang itu dan semudah itu aja, tapi hakikatnya aku tak mampu, kalaupon aku mampu, aku tak boleh.. dan kerana itu maka telah merosakkan 'peep', ( isk bukan rosakkan yang tu jgn narrow aa...), dan telah juga merosakkann hubungan kami.. aku dah maleh nak cite panjang pasal apa yang terjadi.. mungkin kalau aku rajin aku sambung dalam 'blogathon' nanti.. jadi sepetang aku chat ngan dia, melunaskan apa yang kelabu.. menjelaskan apa kelam.. dan harapan ku agar perhubungan kami akan berterusan dan jelasnya bkn sebagai hubungan intim tetapi sebagai sedara kalau boleh.. ok full stop citer ni..
isk elok2 jer nak tukar hari baru ni... key lah dah ngantuk.. nak sambung blog dalam mimpi lak.. oh yer air bah dah makin surut.. kang makin banyak keja clearence kena buat.. isk sabo je lah

Tuesday, December 20, 2005

Racangan Tergendala Sebentar.. Harap Maaf



Hi sumer.. tak dapat nak updatekan blog aku lagi ni.. sumer nye kelam kabut kat umah aku.. bersimponggang barang2 kat umah aku.. banjir la.. banjirrr.. isk tak penah seumur hidup aku duduk kat umah ni air bah naik .. tak penah bah pon.. ni lah kali pertama.. ntah la .. aku nak panjang kan entry ni.. tak pi tak leh lagi.. nanti2 la..

nih yang akan menjadikan blogathon aku makin panjang ni.. hehhh hheee.. kena la sabo lagi ni.. sabo lah lagiii...

Hah ni bilik aku ni pon dah di masuki air.. macam mana aku nak update... ni dah update dah ni.. gambo betul nyer aaa.. bukan tipu2.

Thursday, December 15, 2005

Aku dan aku.. sampai bila...

Semalam kau merayap kat dalam blog joe gi, walaupun aku tak khatam Joe punya blog lagi, tapi aku teringat nak merayau kat dalam guestbook.. pastu aku gatal-gatal lak pi sign guestbook dia, ntah la dia baca ke tak? Aku pon tak tahu...

Bila aku baca lain guestbook dia, dan aku tijau kata-kata ku sendiri, aku tertangkap dengan satu phrase ni, "Semenjak orang menceritakan perihal kau, aku selalu terpikir, orang yang macam mana lah kou ni, aper lah yang menyebabkan kou jadi macam ni dan bila membaca blog kou ni menyebabkan kekadang akuk menyelam diri aku sendiri, sedikit sebanyak aku terpikir juga.. kou lah orang yang aku idamkan untuk jadi selama ni.. kou stranded di US sana, tapi aku stranded di sini, mana tak leh nak pegi... "

Mungkin phrase aku boleh jadikan sebagai pedoman kepada 'blogthon' aku nanti, walaupun banyak nak aku kisahkan..tapi aku masih lagi memilih, menapis, dan menambah suai sesedap hatiku, supaya lebih sedap bak tomyam di Restoran Kandis tak pun sekurang2nya tomyam kedai Yani..

So esok aku cuti, dok sengsorang pada waktu pagi.. mungkin aku akan siap kan drafnya nanti.. kalau sesuai aku akan bagitau berapa lama blogthon aku nanti.

*..'blogthon'- blog marathon : emm kan dah jadi istilah sesedap hatiku... harap takde owang DBP cari aku nanti.

Wednesday, December 14, 2005

Telefon Maintenar!

Hmmm.. aku letih laa ari ni... ntah la pasai apa... tapi tadi adala aku dok naik turun tangga, buat extension telefon yang leh sambung kat bilik aku dengan kaunter.. kang tak lah teruk aku berkejar sana kejar sini semata-mata nak jawab tepon, alhamdulillah tak sangka aku ni terer gak.. dah siap keja aku tu, dah leh pakai pon..pasai tu la kot aku letih sangat.

Semalam aku kata macam nak demam, tapi tak demam pon, mungkin jugak aku demam tapi aku rasa tak demam, isk yang mana satu ni... emm sebenarnya aku boring la malam ni, nak tido awal sangat, kang sebelum subuh dah jaga.. nak tengok tv dah ada owang tempah, tengok E Pring kat Channel 8 la.. tengok gambar Cina la.. akhirnya aku boring sendiri.

Dalam kepala aku ni penuh dengan idea.. aku ada plan nak buat satu blog marathon dimana aku nak conclude keseluruhan kejadian kesah dan apa-apa yang terjadi pada diri aku sepanjang tahun 2005 ni.. aku masih mencari ayat2 yang sesuai, phrase2 yang sedap, dan apa2 jua yang berkaitan untuk di masukkan kedalam entry penutup ku di tahun ni... moga aku dapat merangkum semua sekali la.. senang! Kurang2 orang akan tahu apa orangnya sangkelu ni.. kenapa dia mengelu.. apa yang bermain dalam fikiran dia.. apa misteri yang menyelubungi dia dan apa2 saja berkenaan dengan diri dia ( jangan harap la aku nak bagitau direct.. kan aku ni kelu.. kiasan adalah sebahagian dari kekeluan... tu pun dah cukup baik)

Dan aku harap entry ku di penghujung tahun ni bukan satu dalihan, bukan satu dongengan maupun alasan diatas apa jua tindakan aku, tindakan yang telah aku lakukan.. so stay tuned!

Heh kekadang aku rasa macam nak jadi joe lah pulak.. kalau joe merantau di kejauhan, merantau di negeri orang.. tapi aku ni merantau dalam diri ku sendiri.. merantau mencari sebab dan musabab mengapa aku mengelu..

jom lah.. aku nak gi tgk CSI Miami...

Tuesday, December 13, 2005

Khusyuknya dia..


Emmm dah lama aku tak update... entah la apa pasal.. aku sendiri tak tahu... nak kata aku malas tak juga... hari aku mengembara dalam blog joe.. blog lain.. chat kat shoutbox.. kat tagboard... entah la.. nanti la aku update lain...

dalam aku dok tunggu kaunter tu ada gak satu scenario ni.. khusyuk je dia baca buku, dengan mulut becok nya bertanya sana sini kat mak dia..

..... aku rasa macam nak demam je la.. nanti la aku sambung

Tuesday, December 6, 2005

Aku Seorang Pencacai

Baby Twins Kakak Aku
Sabtu-3/12 : Hujung minggu ni aku sibuk, walau pun aku tak kerja, tapi sibuk dengan kenduri kat kampung. Beginilah rutin hidup aku sekarang, kalau dulu kenduri kendara kat kampung jarang sangat aku nak join, cuma kalau ada tak pon aku cuma pegi makan, singgah sembang sekejap dah balik. Heh kini mungkin juga kerana aku dah makin tua ( ikut kata joe la) maka fikiran pon dah makin terbukak lah gamaknya.. kenduri kendara pon dah jadi sebahagian daripada kehidupan, pagi sabtu ada satu kenduri dekat umah aku yang akan diadakan pada hari ahad, jadi awal pagi sabtu lagi aku dah mula terlibat, buatt khemah lebih kurang, siapkan lah perkara perkara yang patut sampai lah kol 10 lebih aku pon blah la tgk dah tak der ape sangat nak buat, ye lah kita buat keja yang besar besar lah, yang kecik kecik tu tinggal adik beradik diaorang lah buat, pastu terus aku ke market cari ikan sikit, then balik umah lepak jap.. petang pas gi amik kakak aku kuar lagi pi makan kenduri kat umah sedara aku kat Kg Pida 5, Kedah.. petang baru balik... adus letih gak seharian bergerak..kalau dok saja pon kena drive lak...

Ahad-4/12 : Hari ni pas aku bangun (kol 9.00.. heh terbabas gak) mandi, pastu pegi nat ( pasar sehari) cari barang masak sikit dalam kol 10 lebih balik, terus pegi kat umah orang kenduri, buat keja lebih kurang, makan pastu balik amik mem ngan kak aku bawak pegi ke tempat kenduri pastu balik..singgah kat satu lagu kenduri pastu balik , adus abis keja aku.. ( keja?.. apa lah keja aku kan)

Isnin-5/12 : Keja balik, ari ni internet takde, server tengah di upgrade, alah diaorang nak masukkan PHP program ke? Yelah nak web rasmi nak masukkan kat situ, jadi 1 hari internet down.. nasib system ok , kalau tak aku yang kalut, so dah tak de keja aku kena accompony satu syarikat tu nak buat networking, fitting elektrik untuk projek USP.. ehh ikut aje lah aku, mcm pencacai je.. kejap Kuala Perlis, kejap Arau.. pastu Kuala Perlis, pastu Arau balik.. alah buring nyer akuuuu... dah la pakai keta aku (van diorang penuh barang, so diaorang bahagikan keja.. aku lak kena angkut yang lain.. kalau bagi duit minyak ok gak.. maunya terpaksa gak berkorban untuk opis aku.. dengo tu sumbangan untuk opis). Keperihalannya.. last-last aku yang tak makan tak rehat.. mau lembik lutut aku.. isk sabo ajer la...

Selasa-6/12 : Sampai kat opis pagi pagi lagi aku heck internet.. hah dah ok la, so sepagi la aku dok guna internet, petangnya aku bawak mem pi check perut kat spital... alhamdulillah sumernya ok.. weight dia naik 6kg.. uhhh macam nak dapat twins ajer.. :), isk tak de la.. aku jer buat spekulasi, yer lah kali ke 2 gi check berat badan dah naik 6 kg.. tu baru masuk 4 bulan.. emm bila dah 7, 8 bulan isk...

Friday, December 2, 2005

Baby Story


emmm.. dah seminggu aku tak update kan blogni kan.. sebenarnya tak banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku dalam minggu ni.. sumernya perkara biasa yang terjadi.. ada pun yang terjadi cuma aku terserempak dengan Baizatul Shima.. ( aku pon heran..macam mana aku leh teringatkan nama dia ..penuh dengan nama ayah dia...) Bila dah terjumpa, memori lama masa sekolah dulu pon menjengok semula.. dia adalah antara gadis yang berjaya menarik minat aku dulu.. zaman cinta monyet.. heh tapi kau tetap aku, insan yang bersembunyi disebalik pintu untuk melihat orang yang aku minat... haaa haa lawaknya.. dan bila sesekali terjumpa terserempak di library, mulut ku kelu nak berbicara ,.. hanya senyuman bermain di bibir... hah kenangan dulu..kenangan masa zaman awal remaja..manakan leh lupa.. biarlah.. yang berlalu tetapkan berlalu manakan leh patah balik.. dia pon dah ber anak dua... aku..?

Dalam minggu ni ujan jer tak berenti.. kalau tak siang malam.. kalau tak malam siang.. kalau tak pagi petang.. kalau tak petang pagi


Week Ten
Baby is now called a fetus in "medical terms". You, however, may have chosen the name "peanut," "angel," "jumping bean" or simply "miracle."
The most critical part of your infant's development is complete. Now you are headed into a period of rapid growth.
While a bit strange to envision, your baby's head is now about half its length - Soon the rest of the body's growth will catch up but this area is prepared to keep up with the rapid brain development!
Eyelids fuse shut and irises begin to develop - Eye color is also determined by this point.
Placenta begins to function this week or next - The placenta is the organ responsible for both the provision of nutrients along with the removal of waste to keep your baby growing strong!
Your baby will be about 1.22 inch long (3.1cm) and weigh 0.14 ounce (4gm) at the end of this week

Week Eleven
Nearly all structures and organs are formed and beginning to function.
Fingers and toes have separated - Take a glimpse at how incredibly precious your child's tiny feet are at this point.
Hair and nails begin to grow
The genitals begin to take on the proper gender characteristics - It will be just a few more weeks before your ultrasound can show if you are having a boy or a girl! Have you been dreaming of pink or blue?
Amniotic fluid begins to accumulate as the kidneys begin to function - This fluid, consisting primarily of water, helps provide a cushion for your baby while she's nestled within your womb.
The muscles in the intestinal walls begin to practice contractions that digest food.
Your baby is about 1.61 inches (4.1 cm) long and weighs 0.25 ounce (7gm).

Week Twelve
Vocal cords begin to form - While perhaps not quite ready to be introduced to the nearest opera stage, your infant will use these immediately following the moment of birth. Bet you can't wait to hear that first cry!
Those precious eyes begin to move closer together - Are you wondering if he will have mommy's crystal green eyes, daddy's laughing brown ones, or maybe out of the gene pool will emerge grandma's clear blue!
Ears shift to their normal place on the side of the head
Intestines move farther in to your child's body
His or her liver begins to function - Responsible for cleansing the blood, storing nutrients, and providing needed chemicals, this is an important event!
The pancreas begins to produce insulin
Guess what? Your baby's average size is now at a whopping length: 2.13 inches (5.4cm) and weight: 0.49 ounce (14gm)