Friday, April 7, 2006

99th Entry : harumanis o harumanis!

Isk.. ni dah 99 entry aku.. dari ntah apa-apa yang aku masukkam dah tu menjadi tempat luahan hati ni dah tempat diari aku seharian campur coretan rasa sama.. waa apa korang rasa dengan tulisan aku..? pasal tu aku perlu create kan satu poll kat sini.. aku nak jugak feed back dari pembaca.. yer la baik ke buruk ke penulisan aku ni.. korang paham ke apa yang aku tulis, atau pon aku paham ke apa yang aku tulis? heh ee..

Sementelah tu dah tak der nak coret kat mana korang tulis la kat tagboard ke, atau pon kat comment ka.. nanti aku baca la.. korang jangan lupa undi no !


Emmm bila tengok gambo sebelah ni teringat lak pokok harumanis kat umah aku ni.. ni gambo ni aku tangkap kat tepi bangunan lebri, sebelah pejabat aku ni.. dia punya buah dah nak tua.. kang jenuh la dengan pelam harumanis ni.. tak le lebat sangat, boleh la sumer orang rasa serba sikit. Yang kat umah aku pon tak lelabt.. tapi setakat nak bagi ilang ngidam mem aku boleh la..

Satu hal pasal mem aku ni. Dia punya ngidam kat mempelam harumanis kat depan umah aku tu, sumer dia nak, macam nak pi tulis nama kat buah tu, dia nak chop dia punya.. nak tergelak aku.. ni kalau dia baca entry ni, teruk la aku nak kena 'kute'.. abis la aku lebam2 karang.. isk macam kes penderaa la pulak..

eh sedor tak sedor dah pukul 6 lebih dah ni.. elok la aku packup lebih kurang.. pasni nak kena check lak sumer pc dah tutup ke tak.. lampu la, aircon pasang ke tak? Esok aku cuti la.. tinggal dua tiga orang yang keja buat OT.. aku maleh dah nak buat.. cuti pon banyak gi nih..biar lah depa yang buat.. cian kat depa tak de cuti, kalau tak mai keja tak de gaji.. yer lah keja sambilan macam tu la.. bila ntah baru nak dapat jawatan tetap.

sekilas pandang..
emm mr parjoe tu dah mula mengorak langkah kembali.. dah sekian lama dia menetap di satu tempat.. akhirnya dia buat keputusan untuk berhijrah kembali.. mungkin dia ada sebab tersendiri maka dia mengambil keputusan untuk berhijrah. harapan aku.. biarlah hijrah dia bertempat.. hijrah dia mencari yang terbaik buat diri dia.. hijrah nya menjadi bekal meneruskan kehidupan dimasa depan.. hijrahnya mencari keredhaan dari PenciptaNya.. menjadi pengembara agung mencari diri di perantauan..

semoga suatu hari nanti, menjadi bangau yang terbang akan pulang ke belakang kerbaunya jua..

Thursday, April 6, 2006

Booom!!! .. and here i'm, back to basic!

Adusss... semalam punya la semangatnya aku nak update kan blog aku ni, konon-konon nya nak bagi versetile lagi la, jadi aku nak tambah poll, at least aku akan dapat pendapat dari pembaca la.. so sepagian tu aku cari la..mana-mana website yang ada sediakan poll percuma (dah semestinya la.. ) jadi aku nampak la satu website ni, dah siap aku isi sumer keperluan dia jadi aku generate la jadi html.. pastu aku pon masukkat template dan aku pastu kan.. emm dah jadi la aku rasa, so aku pon save tanpa preview la, dah selalu tu buat ok je.. kali pon aku ingat ok jugak la..

Tanpa aku sedar, rupa-rupa nya.. aku dah tersalah select tempat nak di paste kan, jadinya... booommmm!! terpadam habis sumua coding kat bahagian atas.. so bila aku refresh balik yang tinggal hanya bahagian sebelah tepi saja.. semua entry-entry aku dah ilang!.. alamak !!

Jadinya mau tak mau aku terpaksa la set semula, bagi jadi balik macam asal.. tapi dah tak leh dah.. sumer link, profile dan chat box tu dah ilang.. kena la aku buat balik satu, satu.. satu.. semula.. jadi apa yang ada ni adalah selepas aku buat balik seharian ari ni.. tak jadi keja la aku kat pejabat ari ni.. dok set balik blog aku saja.. dan nasib baik juga tak de keja lain yang di bagi , dan nasib baik jug ada sorang praktikal kat sini.. so boleh la aku dok pomen balik blog aku..

Ari ni juga aku bawak mem aku pi spital.. check perut... nampak gaya nya makin memberat mem aku tu, sampai doc tu tanya.. eh ni macam kembar je..? arrkkk..!! kembar? isk ada ka..?
Posted by Picasa

Tuesday, April 4, 2006

Merayap Sepetang

Entah la.. kenapa aku masukkan tajuk ni kat entry kali ni... aku pon tak pasti.. sememang nya aku ada merayap dengan mem aku petang kemarin, yer la selepas seharian aku memeningkan kepala aku dengan membuat pembaikan dua tiga bijik komputer kat Simpang Empat tu, memang aku pening.. tapi aku lega.. walaupun bukan semua komputer tu berada dalam keadaan baik tapi masih boleh di gunakan. Pasti nya aku tak tau berapa lama komputer2 tu boleh bertahan, dah usang benar komputer tu.. tapi nak buat macam mana... bukan senang nak ganti yang baru, malahan kalau ada yang baru mesti di beri kepada bahagian lain yang lebih memerlukan.

Berbalik pada rayauan kami kemarin, sebenarnya tak le kemana sangat cuma, on the way balik dari Simpang 4 tu, terus la kami balik ikut Sg Baru, means that balik ikut jalan tepi pantai la.. kononnya tak release kan tension gitu.. haaa.. haaa... aper la tension sangat tu... tapi ok gak la.. pasal air tengah dok pasang, leh jugak dengar deruan ombak, hembusan bayu petang dan juga kicauan camar laut yang berterbangan. Sempat juga kami singgah kat satu stall tu belik rojak buah, mem aku la teringin nak makan rojak buah tu.. aku ni tumpang sekaki la..

Kami sampai umah dah dekat nak azan Maghrib dah.. so tak der aper la nak buat sangat.. kak aku pon dah masak, jadi tunggu nak makan malam je la..

psttt...
ntah pasai apa tah semalam aku mimpikan...., dah lama aku tak jumpa dia, dah la tu, dah lama tak nampak dia, dah tu dah lama tak dengar citer pasal dia, macam mana la dengan dia yer, apa la khabarnya dia ye...

Monday, April 3, 2006

Yooo...

Yooooooooooooo... dah lama aku tak update no, sori la.. aku tersibukkan diri ku dan kepala ku.. jadi langsung terkelu idea aku...

Anyway memang aku takder ape citer sangat.. cuma ada dua tiga perkara yang berbangkit... setelah 3 bulan lebih kering kontang .. akhirnya air dah mula masuk kembali ke bendang.. tak der la nak panas sangat kat umah aku, dan mala hari pon mula riuh dengan bunyi katak dan cengkerik bersahut sahutan... so jadinya makinkehijauan la sekitar umah aku ni, pokok buah-buah pon makin menyubur.. dan pak tani pon mula turun ke bendang.. membajak, menebas, meracun dan sebagainya.. sebulan lagi maka makin menghijau la bumi ni..

Emm lupa lak minggu lepas ada juga aku merayau.. yer lah dah baru dapat gaji, leh pi makan kat tepi laut tu,pegi la satu gerai tu.. order ais kacang dua mangkuk, pastu kerang bakar sikit dan cucur udang.. sekali yang sampai kerang dan ais kacang je.. heh dah tak bayau lagi aku diam jer la.. tapi agak mahal gak la.. mungkin pasal dia dekat dengan laut pasal dan tempat baru pasal tu lah kot..

Minggu lepas ada lah jugak minggu yang membengong kan kami kat bahagian ni.. alah macam biasa bila bersangkutan dengan system ni.. so kat sini dah ada dua system la kiranya.. satu library system dan satu web system.. satu untuk kerja-kerja berkaitan dengan library dan satu untuk laman web dan promosi library.. alkisahnya.. ada dua vendor yang buat dapat sorang satu kerja2 ni.. dan aku dan dua tiga orang kawan aku ni dok kat tengah2.. so sepatutnya kami yang dapat last end punya produk dan kami menyediakan input-input pada depa saja.. ni dah lain jadinya.. last2 depa lawan dok pertahan ego dan pendirian masing2 kami yang jadi mangsa... adusss .. malah ni pikio so aku cakap kat diaorang.. apa2 pon kami nak benda sumer nih siap.. (tapi lom siap sepenuhnya lagi..)

Emm dah pening2 pala pasal dua owang vendor nih, balik dari keja mem aku ajak balik kampung.. heh kampung dia la.. so petang nya kami pegi la kejap..tengok dah ada pokok buah yang dah nak mula masak.. satunya buah mertajam (Lepisanthes rubiginosa, Eriglossum edule) ni.. kalau kat tempat lain aku tak tau la apa orang panggei buah ni.. tapi kat sini buah mertajam la.. ingat leh gak nak merasa.. tapi burung dah sental dahulu.. tinggai lah macam ni aje.. alamat dia molopong la aku dan mem aku....

Thursday, March 23, 2006

Wati yang basah

Aghhh.. dah lama aku tak update blog... bukannya aku tak masuk entry baru malahan interface dan everything masih macam lama.. sampaikan notice board pon aku tak tukar lagi.. isk apsal la dengan aku ni.. dah belajaq jadi penyegan pulak la... kekadang tu jelos gak aku tgk Sue, MM, MA bahkan kacanpoi pon dah selalu dok update.. Mesti korang dah boring dengan blog ni kan, maklum la dah lama tak update, pastu dokmacam tu je.. mesti boring, tak der perubahan pon.. nak buat macam mana.. aku pon dah terkelu.. tapi hajat aku, aku nak buat perubahan pada blog ni, munkin bukan dari segi interface dia, tapi dari segi cara penyampaian dan juga kalau ada trade mark ker, hala tuju ke, atau apa-apa yang leh jadi sandaran pada cara aku nak menulis.. masa sekarang ni aku rasa aku pakai hantam keromo je.. ikut sedap aku saja..

Ari ni ujan lak dari pada petang kemarin, pastu smp pukul 12 mcm tu baru berenti, ntah la kol berapa lak dia mai balik, aku bangun kol 6 lebih dah dok ujan balik, sampai kol 10 lebih dah berenti, tapi rintik2 kecik tu masih ada lagi, bila aku check kat gambar satelit ni, emm memang masih lagi berawan tebal.. mungkin ni kesan daripada taufan wati yang melanda Australia kot.. isk tu baru tempias dia aje tu.. kalau kena direct hit entah la macam mana.

Ujung minggu ni ntah la.. apa nak buat.. kalau ada duit leh jug api carang barang baby lagi, banyak jugak lagi nak kena beli tu... tapi beli sikit2 la.. pelan2 macam tu , baru la ada thrill dia kan..kalau sekali beli terus.. emm abis lah.. tak leh nak merayau lagi dah la.. Emm lagi pon kan leh nak merayau sangat dah sekarang ni.. mem aku tu pon dah agak sarat dah la ni.. jejalan sikit2 tu ok la.. tapi kalau lama2 kang penat la, saki tbelakan la, lenguh sana, lenguh sini, kena pulak cari tukang urut. Isk mahal upah urut ni.. maklum la impot la katakan... ( heh hee korang caya kan..? kan?)

p/s.. sampai la ni masih ujan lagi ni, aku baru pas balik semayang jumaat kat umah aku, ujan masih turun walaupon tak lebat.

Monday, March 13, 2006

Mengelu 2 minggu, berbicara dalam sehari

Dah lama aku tak memblog ni kan? Entah la pasai apa, kadang kadang aku rasa macam takdak idea saja.. kadang kadang aku ada idea tapi malas lak nak menaip.. kekadang tu aku melengung aje apa la aku nak masukkan dalam blog aku ni, yer la kalau dulu boleh juga aku tulis ikut adap aku je, pasal aku sorang je yang tau, tapi ni haa dah ada sowang dua yang dok ngadap jadi tak leh la nak tulis tak ketahuan, tak best la kan.. kena jaga jugak kan?

Dua minggu ni memang aku agak sibuk, mana dengan pesta buku ari , pastu pesta kebudayaan perlis lak.. jadinya dah dua minggu aku tak cuti, dan kemuncaknya aku keletihan dan mau tak mau terpaksa gak aku amik cuti kemarin.. Aku ingat aku nak rangkulkan sumer dua minggu ni dalam satu blog ni aje lah..

Expo buku

Sepanjang minggu lepas, termasuk sabtu dan ahad aku memang sibuk, ada expo buku .. jadi macam biasa la, keja aku tangkap gambo je, macam la aku pandai sangat tangkap gambo tu, aku pon tak reti sangat nak tangkap gambo ni.. ada la dulu tu aku terai sekali dua.. nak jugak rasa macam mana nak jadi cameraman nih.. sekali bos tau dan nampak aku, terus kena tangkap da.. pastu kalau ada apa2 function aku la yang kena tangkap gambo.. aku kena dengan sorang abg ni, dia ni keja PAR, tapi merangkap dreba dan juga tukang tangkap gambo.. biasa nya dia amik gambo still aje.. aku pegang video cam.. kadang aku pon amik gambo still jugak.. dak kadang2 tu aku pegang dua2 sekali.

Tujuan expo ni aku rasa la lebih kepada nak cari modal untuk buat program untuk aktiviti kelab perpustakaan.. dia nya main event tahun ni adalah untuk pergi Sabah untuk program Sukan Perpustakaan Se Malaysia.. aku rasa dalam bulan April ni diorang pergi la.. dengar kata ada sponsor utk tiket penerbangan, pastu campur dengan duit untung expo buku.. uhh leh la.. lepas kot untuk bayar yuran sukan.. aku tengok budget diorang tu tinggi juga kalau nak ke Sabah tu.. penerbangan pergi balik dan duit yuran penyertaan maunya dah dekat RM900 jadi maunya kena ada 1500 la pegi dengan senang ati nya.. tu kalau sowang kalau aku pi berdua..? mana aku nak korek sampai manyak tu.. tak pe la lom ada rezeki lagi aku nak pi ke sana..

Berbalik pada expo buku tadi, aku rasa expo ni berjaya juga tapi kurang meriah la, ntah pasai apa, kalau masa aku mula-mula keja dulu, cuku meriah, macam macam program yang kami jalankan.. ada program untuk kanak-kanak, untuk belia, untuk pelajar2 yang nak menduduki periksa.. emm aku dulu memang happy je manjang, macam macam program terlibat, siap kena buat program nyanyian untuk bebudak kelab perpustakaan (walaupun aku sendiri tak reti nak nyanyi..), aku kena juga adakan program teater.. kalau nasib tak baik aku sendiri kena belakon jugak.. isk masa tu sumernya ok.. aku tak kesah.. yer lah masa tak de commitment aper2.. masa tu aku bujang trang tang tang.. nak balik lewat malam pon tak kesah.. laa dah sampai mana aku ni, berbalik pada expo buku ni , mungkin juga pasai kurang promosi.. dah tu aktiviti pon kurang aku rasa yang tu penyebab utama.. lain lain tu ada la juga masalah berbangkit juga kot. Apa pon semuanya berakhir dengan selamatnya.. dan aku tak cuti pon sepanjang m inggu tu. Aper nak buat dah keja.. kan?

Pesta Permainan Tradisional.

Dah pasal hari ahad dan sabtu aku keja, aku ingat ujung minggu ni aku leh cuti la.. yer la.. penat juga kalau keja lebih masa ni, keja lak tu siang dan malam.. lagi la penat.. so ari senin aku masuk keja macam biasa la.. tapi dah ada angin2 cerita dari kawan2 aku yang katanya nak kena buat pameran pulain yang leh pi untuk buat pameran.. aku cool je la, aku bukan di bahagian pameran.. lagi pon ramai lagi staff baru yang ada, boleh di expose jaga pameran, bebudak praktikal pon ada kan? Mai keja ari selasa, depa dah dok pakat panggil sesapa yang terlibat dengan pameran masuk mesyuarat. Aku pon kena la juga,, isk tak leh cuti lagi la.. macam biasa la aku kena jadi cameraman dan juga kena jaga pameran juga.. isk haru laa... Secara dasarnya, program ini ada lagi membudayakan kembali permainan tradisional seperti toi (galah panjang?), batu seremban, congkak, jengkek (teng2), sepak raga ratus dan yang paling best ialah tangkap ikan pakai tangan. Dalam banyak2 acara ni tangkap ikan ni lah yang paling meriah sekali, pesertanya ada la dalam 200 orang, tapi penontonnya dalam 800 orang ada la.. penuh sepanjang jalan tu.. meriah betul, tua muda dan kanak-kanak berkejaran menangkap ikan, yang tak best nya cameraman pon kotor jugak bila peserta berkerumun nak tangkap ikan.. fuh meriah betul la.. emm kalau nak kira tu mana nak ada ikan kan bila dah musim kemarau macam ni, tapi diorang pam masuk air dalam sawah, pastu masukkan ikan dalam sawah tu.. ada sowang abang tu dapat ikan keli 3 kilo lebih beratnya.. besar dan panjang ikannya.. macam ikan plotan lak.. (ikan plotan?: korang cari la apa menatangnya!). Kiranya abg tu lah yang jadi pemenangnya..

Kiranya best jugak program ni.. dah slogan dia pon 'terkenang semasa dulu'.. memang pon aku memang terkenang masa aku budak2 dulu, aku pon penah juga tangkap ikan dulu, tahan taut tengah2 malam, mancing puyu, buat belat, tahan pelompat, mandi sungai, main aci atas pokok, tu adalah antara aktiviti aku masa bebudak dulu. Ada pun program permaianan tradisional ni berakhir jam 12.00 malam yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh MB.

Kemalangan
Dalam masa tengah sibuk dengan program itu ini juga aku dikhabarkan yang salah seorang kawan aku ni telah mendapat eksiden. Sebenarnya kawan aku ni dulu penah keja disini tapi awal bulan dua hari tu dia mela kerja di SOCSO kat Langkawi, tapi selalu juga dia balik mai sini.. masa hari kejadian tu dia on the way nak pi Kuala Kedah nak hantar kereta dia ke Langkawi dengan feri kargo, entah macam mana, kereta yang dia bawak tu terbabas ke sebelah sana jalan dan melanggar sebuah MPV Citreon secara berdepan, kawan aku ni patah ke dua belah kakinya.. tapi alhamdulillah yang lain2 sumernya ok.. ketanya memang rosak teruk la, MPV tu pon teruk jugak.. kesian aku tgk abg tu sekeluarga, depa on the way pi Padang Besar dari Bagan Serai Perak, 2 anaknya patah tangan, kena masuk wad jugak.. yang lain2 tu minor aje la..

Kenduri..

Laaa.. cuti sekolah dah bermula.. maknanya musim kenduri pon mula lagi.. banyak gak panggilan sampai kan tak sumer yang leh aku nak pegi.. yer la aku ni kan keja.. yang mana dekat2 tu leh la aku singgah.. nak buat macam mana kan? Tapi yang mana2 penting tu terpaksa la aku cuti gak.. bahkan semalam pon aku cuti pegi makan kenduri sama.. pi tolong2 sikit lebih kurang apa yang patut, pastu aku balik la..

p/s: ada banyak gambau aku nak masukkan tapi blogspot tak nak terima so.. nanti aku
masukkan

Friday, March 3, 2006

Opss.. camera man mana tu..?



Hello.. dah seminggu aku tak update blog nih.. nak buat macam mana aku sibuk.. aku sibuk jadi pak pacak ni haaa.... nanti la aku update ye..