Friday, June 18, 2010

'mama, saya lapar...'

Hmmm macam best saja buku nih,
mungkin aku patut cari, maklum laa..
anak-anak yang sedang membesar 
macam-macam ragam depa,
kalau bab makan kadang-kadang tu 
memang cukup susah.. jenuh la
mama depa nak cari makanan yang sesuai..

Thursday, June 17, 2010

Anieq Nu'man..



Dah lama sebenarnya tak ada cerita tentang Adik Anieq kan? Rasanya last bercerita Adik Anieq masa dia baru nak mula menapak hari tu, lepas tu langsung tak ada cite. Sekarang ni adik Anieq dah bebas berjalan sana sini, malahan sesekali dia mengajuk kakak dia melompat, tentulah la dia tak boleh melompat lagi cuma aksi tangan dan kaki saja macam melompat. Seperti entri terakhir tentang adik Anieq kalau dulu dia mumbling saja nak bercakap tapi sekarang dah boleh faham apa yang dia cakap, tapi sudah tentu banyak percakapan dia masih belum di fahami. Ada beberapa perkara kalau dia hendak dia mintak dengan jelas, Contohnya kalau dia nak susu, dia cakap  ' nak nenen', pergi mana-mana kalau nak balik ' jom alik', malahan kadang-kadang tu dia dok menyanyi, lagu rasa sayang la, nenek la, mungkin ikut kakak dia menyanyi kot.

Dah pandai naik basikal..
opps angkat kena tolong la
Anieq 1Tahun 8Bulan..
Adiek Anieq nih memang cakap banyak, dah tu pulak kalau dia kata tak nak, memang dia tak nak, kalau tak nak makan memang dia tak makan, kalau suap juga memang dia sembor aje, entah lah nak ngikut sapa yang nih, Secara fizikalnya adik Anieq ni baru jer 10kg berat, dah surut badan sejak pandai jalan nih, dulu penah naik sampai 11 kg lebih. tentang makan tak la susah sangat, sejak dia berenti makan moi (bubur nasi), mungkin dah jemu, macam2 dah makan, nasi , bihun sup atau roti memang tak tolak.. Roti Gardenia biasa yang 60sen tu dia makan habis satu buku.. kakak dia pon tak makan macam tu.. 

tinggi tak saya..?
Meraikan b'day dengan Athirah..

Monday, June 14, 2010

SPASM.. Johor Bahru


Hah, ada entry lewat tarikh! Pada 3 - 8 Jun aku berada bersama-sama kontijen sukan dari Kelab Sukan Kebajikan Kakitangan (BAKERPS) untuk mengikuti Sukan Perpustakaan Awam Se Malaysia (SPASM) Johor Bahru, Johor.. Kontijen kami terdiri dari 38 orang peserta (yang mana asalnya terdiri dari 40 orang mencukupi sebiji bas) tetapi di sebabkan masalah yang tidak dapat di elakkkan dua orang ini terpaksa menarik diri.

Satu Perjalanan
Perjalanan kami bermula jam 9.30 pagi dari Perpustakaan Pusat Kangar melalui Jalan Persekutuan Kangar - Alor Setar, singgah sebentar di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat untuk mengambil beberapa orang lagi peserta. Perjalanan di teruskan semula dalam pukul 10.00 pagi. Hentian Gurun merupakan destinasi pertama di singgah untuk bersarapan bagi yang belum bersarapan, bagi aku cukup minum-minum dan sedikit jajan, perut masih penuh pasal makan kat umah. Perjalanan di teruskan tanpa sebarang rintangan maupun masalah, Alhamdulillah dan hentian Tapah menjadi hentian seterusnya untuk makan tengahari serta menunaikan kewajipan, masa nih dah pukul 2.30 petang.
P

Perjalanan bersambung semula jam 4.00 petang dan destinasi berikutnya ialah singgah di Bandaraya Kuala Lumpur. Acara bebas bermula dari jam 6.30 petang sehingga 12.00 tengah malam, bagi aku tak dak lah nak melilau sangat, cuma lepak kat area Sogo, Pertama Kompleks dan persekitarannya saja..

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010

Sepakan pertama bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan dah bermula, entah la sejauh mana keterujaan aku untukmengikuti piala dunia nih, macam lepas-lepas aku cukup seronok mengikuti di awal awal nya tapi dah dekat nak abis dah ilang tumpuan terutama bila pasukan menjadi favourite aku tewas, ha ha ha tak cekal rupanya aku nih.

Tahun ni, nampak gaya macam bersemangat juga, siap tunggu sepakan mula lagi kan, masa ni dah abis satu games, dan sedang tunggu game kedua, mata masih ok walaupun kekadang sangap tu datang juga, jadi nya sekarang ni aku layan je dulu ceta P Ramlee - keluarga 69, okeh juga la tak lah mengantuksangat, takut jap gi tak sampai separuh perlawanan dah tertido, ha ha ha .. tunggu aje lah tengok...

Belasungkawa...





Pasangan Kembar Terbunuh Dalam Kemalangan Di Kangar


KANGAR, 10 Jun (Bernama) -- Sepasang saudara kembar terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah motosikal dan kereta, di persimpangan kilometer 2.7 Jalan Raja Syed Alwi, di sini Rabu.

Aishah Kamis dan kakak kembarnya, Fatimah, masing-masing berumur 22 tahun, terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian pukul 6.30 petang.

Pegawai Turus Trafik Perlis ASP Rosli Yahaya berkata Aishah yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala, Fatimah yang membonceng dan sedang mengandung dua bulan, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pukul 9.45 malam Khamis.

Katanya pasangan kembar itu dalam perjalanan dari Kangar untuk pulang ke rumah di Kampung Tok Kaya dekat sini apabila tiba-tiba sebuah kereta yang hilang kawalan gagal berhenti di persimpangan lalu melanggar mereka, mengakibatkan kedua-duanya tercampak dari motosikal.

Kereta itu yang dipandu seorang warga tua berusia 67 tahun turut tercampak ke dalam sawah berhampiran namun pemandu kereta dan isterinya hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HTF.

Katanya pasangan kembar itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah selesai membeli barangan untuk dijadikan hantaran perkahwinan ibu saudara mereka.

Sementara itu, ibu mangsa, Nirat Shafie, 69, berkata Aishah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di HTF dan Fatimah bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sini merupakan anak keenam dan ketujuh daripada tujuh beradik.

-- BERNAMA
*** untuk makluman, pasangan kembar ini merupakan adik kepada bekas pengasuh adik Anieq yang mula-mula, si kakak agak rapat dengan adik Anieq,malahan semasa pengajian mereka di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Perlis, mereka sering datang untuk bermain dengan adik Anieq di rumah kakak mereka di Kg Tanjung Buluh, Behor Lateh Perlis. Sangkelu seisi keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga pasangan kembar ini, semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin... Al Fathihah.


Picture: 
Credit to Bharian, UMalaysia, HMetro.

Thursday, June 10, 2010

Konflik Jiwa II

Cuba anda bayangkan, dapat tengok World Cup 2010 Afrika Selatan ni dengan Full HD TV, mesti confirm bola tuh kita nampak bulat-bulat punya, bukannya sekejap bujur sekejap bulat, lepas tuh pulak tv ni boleh di lekatkan kat dinding umah, tak bimbang si Athirah dan Si Anieq nak terbalikkan pasai tv ni pastinya tv diet pasai tu dia slim.

Biar, biarlah bunyinya sekadar normal dengan Simulated Surround system dia, hmmm sungguh aku tergoda, tertelan air liur berkali-kali, isk banyak sungguh godaan tahun nih, tapi aku hanya dapat telan air liur saja lah... adeh.. adeh... 

Tuesday, June 8, 2010

Konflik Jiwa...

DSLR Canon 1000D

DSLR Nikon D60
Isk dua benda nih sedang bermain-main di dalam kepala, cukup mendebarkan dada, setiap satu ada pro dan kontra dia , dan setiap satu makan modal semuanya.. siang dan malam termimpi-mimpi masih belum dapat aura yang mana ter baik untuk di miliki.. isk isk...