Monday, May 1, 2006
Hidup Tanpa Mu.....
Di mana nak ku cari.. setelah diri ku ini terlontar jauh.. dari satu kesepian ke satu dimensi yang penuh dengan kekalutan, kepanasan aku.. aghh.. tapi aku tak kesah sumer tu.. biar hujan, biar ribut dan taufan, masih boleh aku tempuhi.. tapi tanpa nya.. aku lemas sendirian..
susah aku nak terangkan.. nanti di kala usai bebanan di kepala ku.. akan aku ttipkan untuk semua...
Aku ingat aku nak update.. tapi dah terlalu kalut dah ni.. nanti2 aje la.. kot kang aku sambung dalam entry baru je la... 03/05/06
Saturday, April 22, 2006
Amanat Seminggu!

Uhhh.. penat aku.. dari kemarin sampai la ari i.. aku dok cuba pebaik blog aku ni.. macam - macam jenis dah aku try.. dah macam kerenah yang aku ken abuat.. kejap copy code.. pastu copy dari backup lak.. pastu kena cari wallpaper.. pastu cut an paste.. akhirnya jadi la macam ni... ntah la aper komen korang.. aku pon tak tahu aku dah letih dah ni..
Emm stat esok aku cuti.. lepas tu aku kena pi kursus kat Perpustakaan Negara.. dari 24 - 27 April 2006.. lepas tu aku sambung cuti ( cuti ganti keja ari ni la).. lepas tu sambung cuti lagi samapi hari Isnin.. haaa panjang tu .. lam ajugak rasanya aku tak memblog nanti..
Esok mem aku nak pi Penang.. aku sebenarnya risau juga nak lepas dia pi.. tapi dah nak pi juga nak buat macam mana, dah nak pi juga.. siap dah berjanji dah ngan mak menakan dia, dengan mak dia lagi.. jadi biaq pi lah depa nak pi.. aku doa kan je la supaya depa selamat.. aku maleh nak pi.. dah lus aaku lak nak jalan, naik bas.. emm biaq la aku settle kan apa yang patut nak pi ni.. yer la mana nak cari beg baju gi, mana nak kiwi kasut lagi.. takkan mem aku nak kena buatkan.. aku la buat sendiri.. nak harap mem aku.. dia nak tunduk2 pon dah payah..
apa pun doakan juga aku supaya selamat pergi dan kembali.. supaya aku pergi dengan dada yang terbuka nak timba ilmu, dan pulang menjadi sseorqng uang lebih pandai dari hari ini.. dan dengan dada yang lebih berilmu dari hari ini..
buat kawan-kawan yang selalu berkunjung ke laman sangkelu ni.. nanti kan aku kembali.. semoga ada ide yang lebih baik lagi...
Thursday, April 20, 2006
Sendiri...

SendiriManempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara
Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara
Jamal Abdillah
Hari ni aku keja sorang la... sumer member-member dalam bilik aku ni depa pi Sabah, ada Sukan dan Sukaneka Perpustakaan Awam se Malaysia yang di buat kat sana.. so sampai 25 hari bulan ni.. aku kesorangan...
Tuesday, April 18, 2006
Hujan Semalam

Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi
Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi
Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati
Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
Sudirman (Syed Haron Ahmad)
Monday, April 17, 2006
Satu Nostalgia
Suatu masa dulu.. arghh.. dah ilang idea aku.. masa aku nak masukkan gambo ni.. berderet-deret idea aku..pastu ingat bila mai satu masa yang aku lapang leh juga nak update.. tapi ari ni.. bila dah nak update.. dah ilang idea aku .. kemana la perginya idea aku ni... isk apa yang aku nak cite aaa...
(fikirr..fikirrr.. mana la idea ni..?)
Saturday, April 15, 2006
Mercu tanda: dalam suatu perjalanan
Emm buat ke sekian kalinya aku masih lagi tak keja pada hari sabtu.. dok kat umah pon best gak.. tinggal akusowang sowang.. leh la aku merayau ka, aku nak berkebun ka.. aku nak meronda ka,, macam2 leh buat..
Pagi.. selepas aku pegi hantar mem aku pegi keja on the way balik tu aku nampak lak ada dua tiga mercu tanda kat tepi jalan .. sebenarnya dah lama ada .. tapi aku maleh nak tangkap pakai hanphone.. so dah kebetulan ada kamera kat aku (yg semalam tangkap gambar kat Kuala Perlis tu) aku tangkap lah satu-satu gambar tu.. emm ok la jugak kan.. leh juga aku tempet(?) kat sini..
Tengahari sikit tu aku ingat nak gi cari ikan la untuk malam ni, on the way tu aku nampak ramai lak orang.. ingat kan ada eksiden ke aper ka, yer lah jarang sangat aku tengok orang ramai kat tepi laut ni, selalunya yang ramai ni geng mat - mat rempit tu ada la.. tak pon masa tsunami ari tu... bila aku pi dekat tengok , oo rupanya ada orang buat pertandingan mancing.. patut la... last last ikan tak dapat.. aku tengok orang mancing je la... dah lapar akau tapau nasi je...
Friday, April 14, 2006
Melukis
Emm.. dah lama aku tak update.. dah berdebu.. tu la asyik dok komplen dan asyik dok ingatkan orang lain pasal blog depa yang berdebu.. last last blog aku yang berdebu.. malah dah mula di makan bubuk(?).. nasib baik la belum di hinggap anai-anai.. aku sibuk sikit sekarang ni.. maklum la aku dok kat HQ memang kena manjang la,macam2 kena buat.. aku kena taip surat la.. kena buat homepage.. kena jadi cameraman la.. isk dahsyat aku ni.. kereja yang tak menentu ni..Macam aku kata tadi la.. kerja yang tak menentu.. jadi petang nya aku kena pulak pi amik gambau.. emm tempat nya dekat Perpustakaan Kuala Perlis.. aku rasa ni lah first time dia orang buat aktiviti.. yer la perpustakaan pon baru di buka.. peminjaman buku pon dah bermula.. aku rasa setakat ni pengguna ni ramai juga la.. tapi yang aku nampak tu bebudak la yang paling ramai.. selain tu perkhidmatan internet untuk kanak-kanak pon dah ada.. di bawah projek USP..
Abis jer program tu aku balik terus la.. kang satu keja lak aku kena berulang pi mai pi mai...