Semalam aku ada citer pasal 'ais ketul' dalam siri kenangan bulan posa kan? Emm ari ni aku ingat nak teruskan lagi mengenang kisah lama2 dalam bulan Ramadhan...
Dulu, memang menjadi lumrah kat kampung suka menghantar juadah berbuka kepada jiran tetangga.. tak kira la samada kueh mueh ka, lauk pauk ka.. biasanya selalu ada.. jadi rutin nya kalau kat umah aku ni mak aku suka jugak la buat kueh ni.. ada kueh lopis , ada kueh lapis.. cekodok ker, atau yang best nya dan paling famous mak aku buat ialah goreng pisang, haa yang ni special.. bukan tak der jual tapi nak cari yang macam mak aku buat ni susah la sikit.. Adunan dia terdiri dari du jenis tepung.. dan cara bancuhan dia agak renyah sikit la, kena bancuh pakai air suam , gula tak leh lebih.. dan macam2 lagi la.. ( yang tu aku tak dan nak belajaq... ;( ) Setakat sekarang ni yang aku jumpa ada yang masukkan gula merah la, yang buat manis la nak bagi nampak hangus sikit.. uhh api nya kena kontrol jugak kalau tak naik kejap pastu turun balik.. alah macam2 lak..
Haah korang paham tak? kitaorang panggil cucur manis,cucur manis ni macma goreng pisang juga, cuma dia lembut bila sejuk dan tepung nya lebih lembut dari goreng pisang biasatu, biasanya orang2 tua suka makan dalam kata lain cucur utk orang tua2 la.. jadi tiap2 tahun kalau bulan Ramadhan ni, orang2 kat masjid mesti tertunggu2.. dan biasanya sekurang2nya 3 - 4 kali mesti mak buat punya.. dan sekarang pon ada juga orang tua2 kat masjid tu dok tercari2 sapa la yang leh buat cucur manis ni... dan aku pon dok cari gak! Tapi pastinya takkan ada yang sama macam mak buat... ada juga yang aku jumpa kat pasar malam,.. tapi mana kan sama kan?
Friday, September 29, 2006
Wednesday, September 27, 2006
Ramadhan hari ke 5
Hari ni dah 5 hari kita berpuasa.. dah 5 hari juga pengalaman bersama keluarga ni.. dan 5 hari juga Athirah menempuh puasa tanpa dia menyedarinya.. sebenarnya puasa ni banyak mengembalikan kenangan semasa kita masih kanak-kanak ..Nih Athirah baru nak masuk 4 bulan.. sudah semestinya puasa ni belummembawa sebarang makna.. malahan pengertian jauh sekali.. ahh aku bayangkan macam mana yer masa aku seumur Athirah menmpuh puasa.. mesti masa tu aku masih ada ayah dan juga emak.. yang pastinya puasa masa tu tak le sesenang masa kini.. dulu la se ingat aku puasa dahulu cukup meriah aku rasa.. ( sejak bila yer aku mula kenal puasa?) perkara utama dulu yang susah nak dapat ialah ais.. ais ketul .. yang mana masa tu aku rasa rega dia dalam 10 -20 sen sahaja.. tu masa aku umuq 6 - 8 tahun aku rasanya... dan nak dapat ais pun kena beratur dan ada yang tempah awai.. kalau habis pekan koboi terdekat masa tu ialah Behor Lateh.. dan kalau jauh sikit tu Pekan Koboi Titi Chai..
Kalau nak banding masa la ni, hampir sumer umah dah ada 'iced box', 'fridge' dan seangkatan dengan nya.. jadi tak yah lah bersusah payah nak beratur dan berebut-rebut.
Semalam aku pegi pasar Ramadhan Kuala Perlis lagi, uhh masih lagi ramai orang... masih ramai lagi budak2 KUKUM yang bershopping2 kueh berbukak puasa.. bermacam2 ragam adanya. Juga aku tengok ramai jugak bapak2 yang dok dukung baby kat situ.. isk dulu aku tak aware sangat pasal orang dukung anak ni, melainkan kalau aku jumpa kawan2 aku ..
Emm macam biasa Athirah masih melayan perasaan sendiri.. dok tengok orang lalu lalang dan masih selamba derk dia aje.. aku tanya "Athirah.. nak beli apa buat berbuka nanti...? "mm dia buat selamba derkk jugak... .. hi Athirah.. athirahhh....
Sunday, September 24, 2006
Salam Ramadhan!
Salam semua! Selamat menyambut Ramadhan.. jadi tahun ni Ramadahan yang tak sama macam tahun lepas.. yah! makin berubah makin penuh warna warninya... Kalau tahun lepas aku tempuhi dengan perasaan yang tak menentu dan penuh hitam kelabu dan yang seangkatan dengannya... namun ada sedikit sirna bila wife pregnant... Alhamdulillah tahun Ramadhan menjanjikan sirna buat kami sekeluarga... aku amat bersyukur kernanya dan amat teruja akan apa yang akan aku hadapi nanti.. yang pastinya keletah si Athirah sentiasa berjaya menambat hati dan perasaan kami sekeluarga..
Emm Athirah dah pon berumur 3 bulan seminggu lebih.. emm dah nak mula meniarap tu.. dah boleh kalih badan dia walau pon masih sangkut tangan dia tetapi kadang2 tu dah ok dah... dan semalam juga aku bawa athirah paegi Pasar Ramadhan.. saja la nak tgk samada dia ok ke tak.. emm nampak gaya takder lak dia takut ke apa2 ke.. rilek jjer masa aku dok dokong dia...

Yeah Athirah dah boleh meniarap.. ni bukan di tolong tau.. dia yang buat sendiri.. dah lama meniarap lepas di angkat balik macam ni la jadinya.. dah letih... sabo je la ye nak oiiii..
Emm Athirah dah pon berumur 3 bulan seminggu lebih.. emm dah nak mula meniarap tu.. dah boleh kalih badan dia walau pon masih sangkut tangan dia tetapi kadang2 tu dah ok dah... dan semalam juga aku bawa athirah paegi Pasar Ramadhan.. saja la nak tgk samada dia ok ke tak.. emm nampak gaya takder lak dia takut ke apa2 ke.. rilek jjer masa aku dok dokong dia...


Yeah Athirah dah boleh meniarap.. ni bukan di tolong tau.. dia yang buat sendiri.. dah lama meniarap lepas di angkat balik macam ni la jadinya.. dah letih... sabo je la ye nak oiiii..
Tuesday, September 19, 2006
Abah tinggal Athirah yer..?

Sori yer Athirah, abah tinggal kejap yer.. abah pegi amik peksa.. nanti abah balik la..
Nih abah beli baju.. lawa tak?
Monday, September 11, 2006
an extra entry
Hmm..
hari ni dengan tiba2,
ada sorang yang telah lama menghilang
muncul..
bukan muncul dalam hidup ku,
cuma muncul dalam ingatan ku..
kawan,
begitu lama kau pergi,
pergi membawa sekeping hati..
yang penuh luka dan bernanah.. ahh..
kukira dengan masa..
dengan perjalan yang makin menjauh
bisa mengubat luka mu..
bisa menyembuh sekeping hatimu yang bernanah..
Tapi kawan,
hari ni kau kembali,
bersama hati mu..
ku lihat masih berdarah dan menanah..
rupanya luka mu masih belum di rawat..
dan aku kira
luka mu sudah ada penawarnya,
setelah sekian jauh kau mengembara..
Kawan,
ubati lah luka mu..
ubati lah dengan pengalaman kehidupan mu,
ubati lah dengan jiwa yang tenang,
ubati lah dengan minda dan hati yang terbuka,
ubati lah dengan pandangan yang jauh,
sejauh langit ke tujuh
sejauh padang melangit..
sejauh padang melela..
Kawan,
kalau kau ubat hati mu,
Pasti bukan hanya hati semata yang sembuh
malah tabir dunia dapat kau ungkap..
Sesungguhnya kawan,
Aku hanya dapat bersimpati,
Aku hanya dapat memerhati,
Malahan aku cuma sorang pemerhati,
Aku cuma pengharap..
Semoga suatu hari kau biasa sembuh
dan terus menyingkap tabir
sebuah kehidupan
yang realiti dan abadi.
hari ni dengan tiba2,
ada sorang yang telah lama menghilang
muncul..
bukan muncul dalam hidup ku,
cuma muncul dalam ingatan ku..
kawan,
begitu lama kau pergi,
pergi membawa sekeping hati..
yang penuh luka dan bernanah.. ahh..
kukira dengan masa..
dengan perjalan yang makin menjauh
bisa mengubat luka mu..
bisa menyembuh sekeping hatimu yang bernanah..
Tapi kawan,
hari ni kau kembali,
bersama hati mu..
ku lihat masih berdarah dan menanah..
rupanya luka mu masih belum di rawat..
dan aku kira
luka mu sudah ada penawarnya,
setelah sekian jauh kau mengembara..
Kawan,
ubati lah luka mu..
ubati lah dengan pengalaman kehidupan mu,
ubati lah dengan jiwa yang tenang,
ubati lah dengan minda dan hati yang terbuka,
ubati lah dengan pandangan yang jauh,
sejauh langit ke tujuh
sejauh padang melangit..
sejauh padang melela..
Kawan,
kalau kau ubat hati mu,
Pasti bukan hanya hati semata yang sembuh
malah tabir dunia dapat kau ungkap..
Sesungguhnya kawan,
Aku hanya dapat bersimpati,
Aku hanya dapat memerhati,
Malahan aku cuma sorang pemerhati,
Aku cuma pengharap..
Semoga suatu hari kau biasa sembuh
dan terus menyingkap tabir
sebuah kehidupan
yang realiti dan abadi.
Sunday, September 10, 2006
Waduhhh pancit pak.. pancit ..!!!

Waduh pak! pancitt!! pancit gue! Apa taknya dah setahun lebih aku tak exercise... semenjak aku kawin.. pastu sibuk ngan umah tangga aku, pastu dah dah anak.. dah lama aku tak pegi berjogging ke.. exercise apa2 ker..
Tapi hari ni.. dek kerana ada arahan bertulis (.. bertulis dan kedatangan nya di amik.. ) dan kalau aku tak pegi alamatnya kena tulis surat tunjuk sebab lagi.. ( selepas dua kali menguzurkan diri tak pegi - heh nak buat macam mana anak punya pasal la.. ) .. maka aku dengan relanya menghadirkan diri. Hehh semangat memang la semangat nak pegi.. oii dah lama tak pegi.. best la.. ! tapi aku saspen gak la.. boleh ka aku berlari balik.. ? maklum la dah tinggal lama..
So, awal nya kita mula dengan warm-up dan sedikit aktiviti kecergasan.. lepas tu baru kami berlari.. kami di tempatkan dalam 5 kumpulan lelaki dan wanita dan berlari dalai satu kumpulan la.. alah ringkasnya macam acara lumba basikal yang berganti2 tu la.. hah macm tu la kami buat.. uh perit juga aku rasa.. tapi sumer nay dalam minda kita.. jadi kena teruskan juga.. lawan dan lawan dan lawan psikologi kita..
So akhirnya sumer nya berjalan lancar.. dan cuma sorang jer yang pancit! Tu pon dah habis.. dan orang yang pancit tu
............
......
...
.....
.......
.............
...................
................
..........
........
......
....
...

nih kalau pancit maunya tersembam kat sini nih!!
bukan nya aku... haa! haa! haa! berjaya .. berjaya ... merdeka.. merdeka!!!
Thursday, September 7, 2006
Hujan turun.. dan athirah pon tido

Hari Ahad hari tu aku pi gunting rambut... balik tu sempat la bawak athirah pi jejalan kat tepi laut.. tapi sebenarnya tujuan utama yang pi tepi laut saja nak caari sotong goreng tepung.. punya la pilih gerai mana yang rasa2 macam sedap je gorengan dia, dah dapat gerai tu kami pi la pilih sotong.. pastu depa timabang dan pi goreng.. emm ada la dala 15 minit tunggu sotong pon sampai.. eh tgk macam kurang je .. biasanya klau 5 6 ekor sotong tu maunya penuh satu bekas plastik tu.. ni ada separuh jer.. alah macam mana lah jadi macam ni.. mungkin pasal sotong dia mengecut kot... hmmmm...
Dah mem tak puas makan ingat semalam nak pi pulak la.. nak cari kedai lain la pulak.. kot2 leh dapat murah lagi... so lepas balik keja.. terus pegi amik Athirah.. masa pi amik tu ada la ujan turun rintik2.. ingatnya ok la.. tadi ok je.. sekali sampai kat umah pengasuh athirah tu.. uajan lebat pon turun.. dan athirah pon dah tido.. so macam mana nak pegi.. kenselll la jawab dia...
Subscribe to:
Posts (Atom)