Tuesday, October 31, 2006

sibuk sepanjang minggu


Emm dah beberapa hari takde entry,
Ye lah macam biasa,
Tak der menda nak citer,
Tak sempat nak masukkan entry, dah tu lak...
Sememangnya aku sibuk...

Emm dah abis satu keja, tinggai lagi satu keja..
Stat minggu ni aku dan sumer staf2 kat sini dah mula sibuk dengan persiapan nak merasmikan perpustakaan Kuala perlis...
Takder la manyak keja sangat nak buat, yer lah dah banyak keja dah di upah, dan juga pembahagian tugas dah di buat...
Buat masa ni.. pemasangan khemah sedang di jalankan.. so dah nampak la kesibukkan nya..

Sunday, October 29, 2006

Hal2 dan demam!

Semalamkan dalam aku dok sibuk2 nak mai keja dan juga kakak aku nak balik Shah Alam, keta lak buat hal, lah.. bukan la pasal apa sangat.. rupa2nya air bateri dah abis.. so tak leh stat la.. emm nampak sangat aku tak penah bukak bonet tu kan.. lah memamng pon.. aku dok harap pi servis 2 bulan sekali jer.. tapi dek kerana masa nak kena check ari tu, mem aku bersalin.. so pas tu delay lama dan terus aku terlupa.. pakai naik jer.. baru la dapat habuan.. anyway bila dah leh setat aku bawak pi servis la.. tapi dah fully book mau tak mau kena buat booking dulu dan pastu mem aku la pi hantar servis..

Emm dala masa ni jugak Athirah demam, kesian aku tengok, dah la payah nak senyum, nih dah makin moyok jadinya.. tetapi kekadang tu dia bersuara gak.. tapi dah kurang aktifnya... moga cepat la dia baik.. tapi kan malam ni dia ada jugak batuk2 dan bersin.. emmm boleh jadi dia selsema kot.

Tapi kan orang kata kalau dok demam ni nak boleh akal.. sungguh ke ni.. cuba sapa-sapa bagi komen tgk.

Aku dok ternanti-nanti juga apa la lagi yang athirah nak buat.. kekadang tu tak sabo nak tunggu dia buat sesuatu, tapi mana la boleh aku nak 'kejan' dia, so terpaksa la aku bersabo.. kena la aku tunggu satu persatu kan?

Apa-apa pun semoga dia cepat sihat,
Moga dia akan kembali ceria..
Baru la senang ati aku..
Amin...

Wednesday, October 25, 2006

Iklan Raya Petronas 2006


Kekadang dalam kita mencari satu kehidupan,
Kita melupakan satu kehidupan yang lain,
Dalam kita membina satu kehidupan,
kita meruntuhkan yang lain...
Video ni betul2 menginsafkan..
banyak yang memperkatakannya..
jadi bagi kita yang waras, patutnya menjadikanya satu iktibar,
bukan sebagai satu permasalahan..
sesungguhnya kita juga akan menjadi tua suatu masa nanti

Tuesday, October 24, 2006

Salam Di Hulur, Maaf Di Pohon, Hasrat Di Hati


Salam...
salam
Salam hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung!
Jika terdapat sebarang salah dan silap, baik tersalah perbuatan, tersilap cakap, terlanjur gurauan maupun tingkah laku yang taidak disenangi.. kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...


pst... athirah pesan sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi duit raya boleh bagi melalui abah dia melalui akaun BCB 0902-002619X-05-X

Setiap transfer dia ucapkan berbanyak terima kasih, lagi banyak transfer lagi panjang trima kasih dia

Di Pagi Syawal


Pagi Syawal..
Tiada yang lebih syahdu,
bila berkunjung ke tanah perkuburan insan yang di sayangi,
Selain dari kepedihan di hati,
.. keinsafan jua menyusup di hati
sesungguhnya mati itu tiada kompromi,
bila tiba masa dan saatnya..
tidak akan di percepat walau sesaat pun ,
juga tidak akan di lengahkan walaupun sesaat pun..
semoga Allah mencucuri rahmah keatas mereka yang telah pergi,
juga semoga mereka di tempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa..
Al Fatihah!..................

Monday, October 23, 2006

Salam Aidil Fitri


Sempena Aidil Fitri yang akan menjelang ni, sangkelu sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan menyusun sepuluh jari jika terdapat sebarang kesalahan, terkasar bahasa dan kata-kata (tulisan) yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, Maaf Zahir dan Batin

Friday, October 20, 2006

Another entry sambut raya...

Yeah! Hari ni hari terakhir keja sebelum Hari Raya.

Walaupun tak dapat cuti extra,
Walaupun bonus tak masuk,
Aku paksakan diriku untuk gembira..
gembira kerana,
aku masih berpeluang berpuasa tahun ni,
masih berpeluang berhari raya tahun ni, InsyaAllah,
berpeluang menunaikan tanggungjawab ku sebagai ketua keluarga dengan membayar fitrah, InsyaAllah,

Gembira juga kerana dapat merayakan hari yang mulia bersama keluarga, walaupun ibu dah tiada, tiada sapa nak masak rendang sesedap ibu ku, tiada siapa yang dapat buat ketupat pulut sesedap ibuku, gembira juga dapat berhari raya bersama keluarga mertuaku, besan ibu dan ayahku (yang dah tiada) ,

gembira juga sebab kesemua nak-anak menakan aku balik berhari raya,

gembira pasal pastinya meriah di rumah aku yang semedangnya diam , bisu dan kaku.. ( walau kini dah di cemari dengan teriakan, tawaan dan omelan athirah yang aku masih tak paham apa satu pun..)

dan hari juga aku mula gembira melihat suasana yang makin ceria , makin hidup, makin sesak kat pekan ni.. aku nak tumpang gembira tapi hujan turun dan aku rasa dah tua nak buat macam tu!

Emm dah athirah masih dok pikir apa lagi yang dia nak buat....Posted by Picasa