Friday, December 30, 2005

Menjelang Tahun Baru 2006 : Rangkupan Satu Perjalanan

Aku tak tahu macam mana leh timbul ide nak buat 'blogathon', emm idea ini terbit bila kau mengenangkan tahun lepas aku cuba jugak nak buat, cuma aku taip directly to blog, ntah macam mana ntah, bila aku update je.. terus ilang, tak de backup apa.. alah tensionnya aku... pastu terus aku tak tulis apa dah.. terus tinggai tajuk je.. (menjelang detik 2005... lebih kurang gitu kot tajuknya..). So tahun ni aku prepare awal-awal la, tak nak jadi macam tahun lepas, dan kalau boleh aku naik taip panjang-panjang... biarlah sempena nak tinggalkan tahun 2005 ni, dapat mengukir peristiwa suka duka yang aku alami sepanjang tahun 2005. Alah lebih kurang imbasan tahun 2005 la yang macam dalam suratkhabar tu... cumanya takder gambo kot.. Aku harap aku tak merapu.. tapi lebih kepada isi cerita la.. kalau termerapu tolong stopkan aku ye..

Tahun 2005 ni aku bermula dengan suasana happy, ialah aku dapat semangat baru, orang dah bertunang kan, jadi mesti la dapat semangat baru.. rasa happy je.. walau dalam hati aku aku tak tau apa perasannya.. seronok, takut, suspen, gemuruh sumernya ada.. dalam masa tu juga aku dok congak juga budget nak kenduri, cukup ke tak ni.. ye la setakat nak belanja kawin, dan persiapan nya InsyaAllah cukup, dan dan dalam bulan satu ni jugak kami telah sepakat nak diadakan majlis kami ni dalam bulan Mac, isk tinggal 3 bulan lagi.. cukup masa ke tak ni.. kalau nak ikut aku memang aku nak buat bulan Mei ka tak pon bula Ogos.. ada la masa aku nak kumpul duit lagi... tapi mak kata tak pa la.. bertunang lama-lam pon tak elok juga, isk maleh aku nak pikir, ikut sajalah dah sumer orang setuju... ok nyer sikit pasal hal beli daging mak sponsor.. dia kata dia dah berniat, emm yer lah anak bujang sowang kan(.. bujang senang.. isk takde la.. senang bujang).

Masuk bulan 2, kami dah mula sibuk buat persiapan, yer lah mana nak buat kad jemputan, mana nak cari baju bersanding, mana nak buat baju telok belanga, nak memanggil lagi plus macam macam hal nak kena buat, dalam mas ni la aku rasa aku rapat sangat dengan mak, ntah aku tak pasal apa, tapi boleh dikatakan kami sering bersama, berbincang dan buat apa saja bersama, kami pergi memanggil bersama.. boleh dikatakan pada setiap petang tu kami akan meronda besama dengan kapcai aku... kami meronda masuk kampung hanya semata-mata pergi memanggil, tapi kan aku balik keja kol 5.30 petang, jadi tak banyak rumah sangat yang dapat kemi pergi, dalam 2 -3 buah umah je.. ( emm sebelum balik, aku akan sembahyang asar dulu, jadi sampai umah tukar baju je.. pastu keluar ngan mak) .. maklum je la, kalau memanggil di kampung ni siap dengan ramah tamah dia, ayat pon kena susun jugak.. tak leh silap cakap.. kang owang tak mai umah.. kalau nak ajak tolong keja kena bagi tau siap-siap, bila nak kenduri, bila nak mesyuarat keja kawin dan bila lak majlis nak diadakan, kalau nak bawak orang-orang tua sebagai peneman, kena bagi tau gak bila nak akad nikah dan bila nak bersanding ke atau nak gi amik pengantin pompuan ke.. pak andam pon kena tempah juga.. sumer kena bagi tau.. kang haru biru jadinya.. salah kira, kang orang nak memasak mai nak makan kenduri aja.. bila memanggil kat kampung ni juga satu yang best tiap kali masuk umah orang nak memanggil setiap kali la owang aakan angkat kopi.. adus tak larat nak minum kopi aku.. tapi mau tak mau terpaksa juga minum.. nak jaga ati orang la pulak.. kang kata kita sombong payah gak.. aku ngan mak merantau sampai Kg Abi kampung mak aku .. baru la aku kenai ramai juga sedara sebelah mak aku ni.. kalau tak kalau pegi pon satu dua umah ja.. tapi aku kenai ramai lah jugak, kadang-kadang kita jumpa kat pejabat ke, mana mana ke tak tau pon kata sedara kita.. tapi bila dah pegi dengan mak baru lah kenai.. puas ati aku.. aku tengok mak happy je..

Dalam masa dok sibuk dengan nak kawin ni ada jugak beberapa hal yang berlaku pada aku, yer lah aku ni owang yang ramah tamah, orang yang betu bendul.. tak pandai aku nak tipu owang, tetapi kekadang tu ada jugak buat hal, bukan niat aku nak permainkan orang tetapi aku juga ada perasaan dan kekadang aku juga keliru dengan perasaan sendiri dan kekadang aku tepaksa meletakkan priority aku.. ye lah dalam masa aku mencari ada juga 3 , 4 orang yang aku tersangkut.. dari banyak aspek aku dapati mereka lebih kurang sama, dan mana yang kurang aspek terpaksalah aku settle dari awal, samada baik atau kasar.. tapi sebolehnya aku tak mau la menyinggung orang.. sebenarnya aku sendiri tak suka nak menyinggung perasaan orang, aku tak mau orang tak suka kat aku.. sebolehnya aku pon tak mou tak suka kat orang.. dan yang menjadi priority aku adalh mak.. apa-apa saja yang mak suka adalah menjadi kesukaan aku.. dalam masa ni juga ada yang aku suka mak suka tapi pastu mak tak suka lak.. reason dia, aku pon tak tau mungkin dari kaca seorang iby, dari kaca mata sorang yang banyak pengalaman yang boleh melihat dari mata hati dari mata kasar.. dan ada juga yang mak suka tapi aku tak syka.. heh yg ni aku kena slow talk ngan mak la.. ada juga yang aku suka tapi mak tak suka.. yang ni lah yang sakit sikit.. tapi aku kena get through juga.. ada yang aku boleh terangkan pada depa, dan ada yang aku tak dapat nak terangkan.. cuma aku dapat harap mereka akan paham, walau pon begitu aku masih closed contact dengan depa.. dan akan get through bersama dalam other mean punya relationship.. ada yang kej asekali dengan aku, ada yang aku kenal bertahun.. ada yang masih belajar.. ahh macam2 rasa nya (.. masih senang bujang kan.. bukannya bujang senang!)

Sesungguhnya aku amat mereka dapat paham dengn situasi aku, pasal aku terpaksa memberi priority pada emak aku.. pasalnya bagi aku kalau aku tak bagi priority ni pada mak aku.. sapa lagi yang akan menyenangkan hati dia, aku tak suka mak aku rasa tak senang hati, terasa di hati, biarlah apa yang aku cari menyenangkan hati mak dari hatiku sendiri, kerana aku tau aku budak baik, aku mudah jatuh cinta dan aku akan dapat buat ddiriku jatuh cinta pada sapa sahaja asalkan orang itu dapat menyintai aku.. (dan kerana mudah jatuh cinta menyebabkan sumer ini berlaku kan..?)
So, 12/3/2005 kami selamat di satukan, majlis akad nikah diadakan di MAsjid Sungai Padang, dalam susana yang tenang dengan diiringi mak, kak are dan kak na sekeluarga, juga teman teman ku dari library serta kadzim ( teman seperjuangan ) sekeluarga. Dengan sekali lafaz je, alhamdulillah aku dah bertukar title. Jadi selamat tinggal lah zaman bujangku, zaman bujang yang penuh caca marba, yang penuh asam garam, penuh dengan perjuang mencari jati diri.
Pada esoknya 13/3/2005 berlangsung majlis kenduri di rumah pengantin perempuan, satu majlis yang meriah dengan kehadiran sahabat handaidan kaum keluarga mem aku, siap ada dj la, pastu ada makan beradat.. hmm sampai la malam akukat situ, malam tu aku kena balik umah jugak la, pasal kat umah aku pon tengah sibuk, isk bukan ada sapa lak kat umah, kena la balik tengok-tengok juga..

PAda lusanya, 15/3/2005 majlis kenduri kawin dan sambut menantu diadakan di rumah aku, ramai la kawan kawan aku yang datang, adik beradik dan saudara-saudara yang jauh po datang juga, seronok aku bila tengok macam ni, lagi seronok aku tengok mak happy je.. tak de perkara yang paling menyeronokkan aku melain aku bila kau tengok mak suka, mak happy..
Lepas habis majlis perkahwinan, dalam seminggu tu banyak aku dok kat umah membantu mengemas mana yang patut, lepas tu kami bertolak la pergi ke Trengganu, konon2nya macam honeymoon la gitu, kami bertolak dari Kuala Perlis dalam jam 7.00ptg dan sampai Jertih dalam kol 4.30 pagi.. isk laju gak drebar bas tu bawak, tapi aku tido je sepanjang jalan.. sedar2 dah sampai dah. Dari Jertih Mat Noor datang amik dalam kol 4.45 pagi kot, dan kami pi la umah dia di Kg Air Tawar, Besut.. kami lepak umah Mat Noor sehari, esok nya kami bertolak ke Pulau perhentian dari Kuala Besut. Manyak kenangan la kat P. Perhentian ni, ialah owang baru kawin kan, paham2 je lah, tapi masa nak pegi tu, kami dah menempuh cabaran yang pertama, lepas keluar je dari kuala sungai, bot laju yang kami naiki dah kena ribut, rupanya huja kat tengah laut, apa lagi melambung lambung la bot yang kami naiki tu, nasib baik la tak berlaku apa-apa, aku tengok pemandu bot tu rilek je, aku pon rilek la sama, takde la nak panik apa.. Dua hari dua malam kami kat sana, pastu balik semula ke rumah Mat Nor, dan malam nya kami balik ke Perlis.. Uh boleh tahan pengalaman aku masa tu.

Dalam bulan empat, aku dan mem aku bersama mak dan pak mentua aku pi Shah Alam, mem aku pi terima ijazah kat UiTM, hmm kami tido sehari kat umah akak aku kat Seksyen 20 Shah Alam. Ini adalah sebahagian catatan kegembiraan di awal tahun 2005 dan di awal perkahwinan kami......

SELAMAT TAHUN BARU 2006

Thursday, December 29, 2005

Sumbangan menggantikan karpet baru

Hari ni aku pegi buat gotong royong di Perpustakaan Cawangan KUala Perlis, kiranya permergian ke sana ni nak buat final touch sebelum perpustakaan di buka pada hari Isnin depan ni. Dan kami pon buat la kerja-ker ja menyusun buku, perabut, check segala kunci, barangan yang ada dan semua kej ayang sempat di lakukan.

Rombongan kami ni terdir daripada 9 orang staff termasuk sorang driver, bersama kami jug aada pegawai yang incharge bahagian Perpustakaan Luar Bandar. Kiranya perpustakaan ni dah sedia untuk di buka kepada orang ramai.

Buat sementara waktu ni. pengguna hanya boleh mendaftar untuk menjadi ahli, membuat rujukan dengan koleksi buku yang sedia ada. Untuk pinjaman bahan masih belum dapat dibuka kepada orang ramai kerana keadaan sistem perpustakaan yang belum sempurna juga kerana koleksi bahan yang masih sedikit. jadi sabo je lah! Kami disana sampai kol 12, baru balik.
Sampai kat kangar, masih ada masa lagi nak memblog, so aku siapkan la sikit sikt mana yang sempat sebelum pergi sembahyang Jumaat. Dalam pukul satu tu aku pegi la Masjid Alwi yang berhampiran dengan pejabat aku ni. Emm minggu lepas ada aku bagitau yang tak de orang pegi masjid ni, masjid ni ditutup kerana baru lepas di naiki air , habis karpet yang aku ras baru jer dipasang awal tahun ni basah dan rosak, jadi kat dalam masjid tu macam ni la keadaannya.

Wednesday, December 28, 2005

Kelu..

Hari ni angin kurang baik sikit, tiba-tiba je aku moody, dan mem aku pon sama, jadi masing-masing cari pasal, on the way pi hantar dia ke tempat keja kami mengelu, sepanjang perjalan kami mengelu, masing-masing buat hal memasing. em sampai petang aku pegi amik dia, pastu dia nak pegi umah kak dia kat Beseri aku ikut je, malas nak bercakap banyak, sampai sana kami jadi macam biasa je, emm memasing belakon je, tak nak owang tau, tak nak owang suspect something... dah masuk Maghrib baru kami balik, on the way kami singgah kat masjid Putera, Kangar.. mungkin berkat sembahyang kat masjid ari ni, kami dah cool dah sikit malam nyer.. dah leh di bawak berbincang..

Puncanya sikit jer : dia kata aku dah tak sanggup nak hantar dia pegi keja, alahai.. mana lak tak sudi, cuma aku tanya dia boleh ke drive sendiri pegi keja, senang sikit aku tak yah dok berulang-ulang, dengan dok mengejar masa nak pegi amik dia.. em kalau dah tak leh nak bawak nak buat macam mana kan, kena la aku berulang alik Kuala Perlis - Ulu Pauh.. sehari 2 kali.. isk sabo jer la...

sangkelu days off

Hari nih aku sambung cuti lagi la, malas nak gi keja, dah dua ari sambung cuti kena buat keja macam-macam dan berjalan sana sini bersama mem dan merttua aku, dah buat keja mengemas dan mencuci kat umah, aku nak cuti untuk diri aku jugak, satu hari aku duduk di rumah kadang - kadang tak de buat apa, cuma tidor dan tengok tv jer, kadang-kadang masa aku rajin aku akan berkebu, adalah sikit-sikit setakat tanam sayur-sayur dan juga jagung, bukan la besor pon tanah kat belakang umah tu.

Sedikit mengimbas masa lalu, masa ku bujang, aku suka sangat kalau leh cuti nak bermalas di umah, biar lah tinggal aku dengan emak saja, mak buat kej adia aku dok sowang tengok tv ke, tido ker.. tapi kini gamaknya kalau aku cuti macam ni memang nya aku tinggal sowang ler, dah tak de sapa gi dah kat umah...

Berbalik pada cite aku sowang ni, aku ingat nak cuci keta lah, dah seminggu tak bercuci, yer lah ari tu dah banjir, pastu sibuk dok cuci umah pastu terus gi berjalan, ni dah cuti aku basuh lah, bukan satu tapi dua-dua sekali, dengan keta kak aku sekali, heh rajin la pulak.. dah abiskan mencuci dan pas makan, aku do habiskan nak buat blog ni la.. pukul 4 lebih aku gi amik kak aku, pastu hantar dia balik, pastu patah balik gi amik mem aku, pastu kami balik terus ke rumah mertua aku jap, makan malam, dalam kol 9 balik umah, ngadap balik komputer ni nak siap kan blog a thon ni.. habis lah satu ari cuti aku..

-: Petang tadi aku dapat call dari Badar - Perpustakaan Arau, dia kata aku dengan dia akan di tukarkan ke Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis, em akhirnya aku kena juga pindah lagi, walau pun dia kata hanya sementara tapi aku masih juga kena pi, ye la sapa nak pi lagi kan ? Aku yang urus sumer dari awal http://myppanps.blogspot.com tentu la aku yang kena, jadi tambah lagi satu koleksi pioneer aku kat tempat baru, mungkin keja aku ni untuk buka library baru kot?

Tuesday, December 27, 2005

Senandung syahdu : Tsunami

27 December 2005Semalam.. genap lah setahun berlakunya peristiwa tsunami, seluruh dunia masih terasa akan kesannya, tapi ada bebarapa negara yang menerima kesan langsung dari kejadian ombak besar Tsunami ni... Terutamanya dari daerah Acheh di Indonesia , India, Sri Langka, Thailand dan beberapa negera lagi yang menerima kesan terus dari ombak tsunami ni. Di Malaysia lebih kurang 66 orang terbunuh akibat tsunami nihkawasan yang paling teruk di timpa ombak tsunami ialah di Kota Kuala Muda Kedah, Batu feringghi, Di Langkawi dan beberapa tempat lagi. Di Perlis kawasan yang terlibat adalah di Kula Sungai Baru dan Kuala Sanglang, tiada kematian yang di laporkan, yang ada hanya kehilangan nelayan ke laut yang kemudian pulang semula.

Emm.. aku masih ingat lagi masa ni, aku, emak dan kak pergi makan kenduri kat Behor Mali dan di sana orang sedang heboh memperkatakan pasal tadi berasa pening kepala, katil bergegar, tiang elektrik yang bergoyang, emm aku sendiri pon tak sedar sebenarnya, pasal aku bangun lewat, tiba-tiba ada orang bagitau yang banyak kapal yang karam dan pelantar pendaratan ikan jatuh ke kuala sungai, aku ingat diorang menambah citer je, tapi aku ajak jugak emak dan kak pi tengok, isk lalu lalu aje, entahkan sungguh entahkan tidak kan..? sampai sana memang benar lah, orang ramai kat sana, ketika aku sampai air dah surut entah kali ke berapa dah pasang surut ni, aku pon bergerak la ke pelantar ikan yang tak jatuh tu, tiba-tiba ada orang menjerit kata ombak datang pulak, isk.. memang bena rla aku sendiri menempuh pengalam dengan kedatang ombak kuat ni, kejap je dah sampai ke kuala sungai, membawa air yang hitam pekat, berlaga-laga sampan dan bot ikan sesama sendiri.. aku tengok kat dalam sungai tu, dah ada banyak sampan yang dah karam, tong ikan terapung sana suni, pukat ikan pon di bawak arus, ada juga sampan yang di hanyutkan ke tengah laut, ada juga nelayan yang cuba nak selamatkan sampan tapi, air yang nai dalam masa yng sinkat tu menyebabkan mereka tak dapat berbuat apa-apa! Kejadian pasang surut ini berlanjutan sampai malam, da aku kerap lak pergi tengok, entah pasal apa, rasanya kalau boleh aku tak nak lepaskan pengalaman ni. dan malamnya aku pergi lagi, tapi jalan sepanjang pantai dah ditutup polis, mereka kata ada gegaran susulan, dan di khuatiri kan berualang ombak tsunami ni, sampai esoknya keadaan masih dalam keadaan berjaga-jaga, pasal esoknya air akan pasang besar jadi mungkin air akan melimpah lagi.. jadi kawasan tepi pantai menjadi kawasan larangan, polis berkawal sepanjang simpang jalan, hanya penduduk setempat yang leh lalu, tapi aku lepas gak..

Kepada mangsa tsunami,
aku harap mereka akan bangkit,
kerana kehidupan takkan selesai dengan meratap,
kesedihan bukan penawar dalam meneruskan kehidupan.

Aku harap mereka tabah,
kerana ketabahan adalah tunjang kehidupan,
aku harap mereka rela terima keadaan,
kerana kerelaan itu sendiri adalah pengubat jiwa
dan perangsang dalam kehidupan.

-: Hari ni juga mem aku pi tenuduga kat MAA Insurance, jawatan yang di tawarkan hebat sangat 'Unit Manager', tapi akhirnya kena jadi jurujual insuran gak, emm heh aku tau memang diatakkan minat, sabo ajer lah sayang, belum ada rezeki.. nanti mintak yang lain lak yer..?

-: Aku teringat sangat kat emak masa ni.. yer lahdalam sibuk-sibuk tengok ombak tsunami tu pon dia masi dok larang aku tak bagi pi dekat.. em kasih sayang mak kat anak yang sorang ni.. abadi selamanya.

Monday, December 26, 2005

Beras Secupak Jadi segantang..



Hari Isnin ni, aku masih tak keja lagi la.. yer la masih ada keja lagi nak kena buat, umah pon belum habis di kemas lagi. lepas bangun tido aku dah tak bermalas-malas dah ari ni, mana boleh di ajar selalu bermalas-malas macam ni nanti di badan ni jadi 'mua'. nak bermalas selalu. Pastu kena hanto mem aku pegi keja, dalam pukul 9.30 pagi aku balik, em tengok kakak aku dah hampar tikar getah dah, tanggal nak masukkan yang hujung-hujung tu kat bawah almari je, jadi dah tak banyak keja dah la, aku biarlah dulu aku keluar pegi pasar Kuala Perlis dulu , isk tengok takde ikan yang beselera pon, ikan temenung pon yang import punya, tak best la, so aku amik moto pegi ke Kuala Sungai Baru pulak, tak le jauh dalam 7Km je, tengok ada jugak ikan yang fresh-fresh, ye lah tempat pendaratan ikan nelayan pesisir pantai, mesti la ikan baru-baru lagi yang belum di ais kan, emm menjelang kol 11am aku dah balik umah dah.. sampai kat umah kakak aku habiskan la masukkan hujung tikar getah tu ke bawah almari.. aku angkat almari kakak aku hulurkan tikar getah kebawah.. Pastu abis la keja.. kakak aku masak, aku dok buat entry untuk blogathon aku..

Dalam kol 12 lebih tu JKK datang umah, dia cakap petang dalam kol 2 ptg ni pegi Sekolah Syed Alwi ambil bantuan mangsa banjir, itu lah kadang-kadang kita tak menyangka, sesuatu yang tak disangka boleh jadi kenyataan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. kadang-kadang beras secupak boleh jadi segantang.

Jadi lepas mandi, Lehor dan lunch, ada la dalam kol 2.30 kot aku pegi la, takut juga la aku nanti lewat payah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni. Sesungguhnya apa yang aku katakan ni benar.. bukan senag nak dapat bantuan dari kerajaan ni, dekat pukul 3.00 aku sampai kat sekolah, porang dah ramai, JKKK pulak dok sibuk mencari dan menghimpun anak buah masing-masing, mana yang dah didaftar nama dia, disahkan pulak kehadirannya, yang mana takde nama terpaksa lah balik saja.. yer lah ada yang air masuk bawah umah pon nak pi daftar jugak, yang ar berlinang kat halaman rumh tu ok gak, macam umah Pak Dan depan umah aku tu, air bertakung depan umah sampai 3, 4 ari, banyak gak ayam dia yang mati, teruatama anak-anak ayam dia, jadi kami tunggu la ketibaan bantuan dari kerajaan ni, ko 3.30 lum sampai, kol 4, tak juga sampai, isk kami dihidangkan dengan bihun, makan dulu, pukul 4.30 tak mai jugak, aku balik dulu la, nak pegi amik mem aku.

Dalam pukul 5.30 lepas sembahyang Asar, lepas cal kawan aku, di kata tak mai lagi tapi dah dekat dah, jadi aku pegi la pulak, yer lah bukan senang nak dapatkan bantuan dari kerajaan, tunggu punya tunggu dah nak masuk Maghrib baru lah rombongan yang nak bagi bantuan tu sampai, aku risik-risik juga la psai apa yang boleh jadi lambat macam ni? baru la aku tau citer yang pasukan ni terdiri dari 2 pasukan, 1 pasukan ni Dato Seri yang terajui, pegi kawasan Tambun Tulang dan sekitarnya, dan satu Pasukan lagi terdiri dari Datin Seri, oo macam tu 2 pasukan je? Lah, kalau dah 2 pasukan naper la tak atur jadual? Ni pehal sampai sumer tempat yang di suruh berkumpul pukul 2 petang, tak ker bengong tu, orang yang atur tu, dengan yang tunggu kat tempat berkumpul sama-sama jadi bengong, satu bengong tak tau nak keja satu bengong dok tunggu tak de keja..

Iyer lah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni, ramai la pakcik, makcik, kak cik dan adik cik yang tunggu sampai Maghrib, ada yang terlena di tempat duduk, ada yang teralepas Asar pon ada, yer lah nak tunggu bantuan kerajaan, bukan senang, terlepas kang melopong, jadi pakat tunggu dengan penuh harapan, lepas akhirnya bantuan tiba, lega la rasa makcik pakcik dan adik cik sekelian termasuk juga la aku dan kawan-kawanku mangsa banjir ni, dengan penuh harapan kami menanti akhirnya dapat la sorang RM50.00 dan beras 5 kg sekampit, Alhamdulillah, Alhamdulillah untuk rezekiNya, juga kesabaran kami menanti dan kemurahan hati kerajaan. Allah selamatkan lah Kerajaan!!


nih kesian adik ni, punya la lama tunggu sampai tension, tu yang mengembut rokok daun dulu tuh.....

Saturday, December 24, 2005

Temaktub sudah aku ni mangsa banjir

Pagi Ahad ni macam biasa lepas sembahyang Subuh sempat lagi aku bermalas-malasan.. kiranya dalam pukul 9.00 baru la aku bangun.. emm tengok kiri kanan banyak jugak perkara yang nak di buat, ye lah mangsa banjir.. air pon dah surut.. kat dalam umah aku masih lagi lintang pukang dengan selutnya, denagan kertas mertas nya, barang-barang dalam dapur lagi... anak ular dan cacing pon ada dalam umah.. jadi banyak la jugak keja... lepas angkat dua tiga barang, clearkan pengaliran keluar air... aku rest kejap.. sempat pegi nat lagi... beli ikan, sayur, buah-buahan sikit, beli makanan untuk sarapan dan paper aku pon balik la. Apa yang menariknya isu hangat yang banyak di bualkan di nat ni hanya lah " ghumah hang naik ayaq dak? ", " Ayaq dalam dak naik umah" , "Takat mana ayaq naik, ghumah aku sampai takat pinggang" , dan macam macam soalan yang di bincang, yang pastinya hanya bersekitar satu perkara, air naik, bah , dan banjir... huh isu hangat tu.. dan aku dapati ramai jugak peniaga yang tak meniaga lagi, mungkin rumah diaorang masih banjir lagi kot..?


Sampai umah, lepas sarapan, tengok paper kejap, aku teruskan keja membasuh dan mencuci, karpet la, tikar getah la, kakak aku tolong jugak la membasuh ni.. tinggal la mem aku tak leh keja berat jadi dia memasak saja.. sampai la dekat nak Lehoq baru la selesai.. pas mandi dan lunch dapat la aku rehat kejap. Petang nya dalam kol 3 lebih kami kuar la pulak, nak pi merayau la, dah lama tak merayau, jadi kami pi amik mak mentua, kakak ipar, adik ipar, pegi la jejalan kat Pekan Jitra. Tengok bekas air bah.. aku tengok air dah surut dah, tapi masih banyak umah yang di naiki air, ban yang di korek nak bagi air cepat lalu pon banyak jugak, ada juga tandop yang pecah... isk kiranya meman teuk la banjir kat sana... kesannya masih leh nampak.. terutamanya sawah padi, banyak jugak yang musnah, keisan, sedih dan simpati aku pada depa, mau tak nya, padi dah kuar, dah hampir masak.. tau-tau musnah macam tu aje.. sedih aaa..? terkilannya aku aku tak dapat nak abadikan dalam blog ni gambo-gambo tu pasal aku drive.. macam mana aku nak tangkap gambo.. nak berenti jalan kecik, kereta lak berderet, isk apo la nak aku buat.

dah dekat nak sampai pekan Jitra aku tengok berderetnya kereta, la ada pesta apa pulak? Terhenjut-henjut keta nak pi, alah macam hari raya la pulak, biasanya tak la jem sampai macam ni. Selepas sekian lama terhenjut-henjut tu, boleh juga masuk ke Pekan Jitra, uh ramainya menesia... Aku tengok masih banyak kesan banjir kat situ, peniaga masih banyak yang tak bukak kedai, dan ada yang bukak pon sekerat je, pasal diaorang masih dok membersihkan kesan lumpur kat dalam kedai, dan setengah tempat tu aku tengok ramai lak orang dok berkerumun, laaa.. ada pekedai dok lelong barangan kedai yang tenggelam dek air.. isk murah murah jugak barang dia.. kami kat sana sampai kol 6 lebih dah, niat tu nak pi cari baju sekolah adik ipar aku tu, last-last orang ramai sangat, baju pon takde yang berkenan kami balik macam tu aje la.. lepas singgah satu masjid tu, ntah kat mana tak dan aku nak tgk signboard,.. kami balik la, on the way tu singgah makan Nasi Lemak Batu 6, sedap jugak nasi lemak dia, makan dengan kari ikan mamak style.. uh ada ummmphh ooo... lepas anto mak mentua dan adik serta kak ipar, kami terus balik umah..

Sampai je umah aku tengok ada satu bungkusan kat dapur.. emm dalam bungkusan tu aku tengok ada beras 5 kilo, ada minyak masak, ada gula, ada sardin dan ada milo 1 pack 250gm.. heran jugak aku bungkusan apa..? Rupa-rupanya ada orang datang bagi untuk mangsa-mangsa banjir kat kampung aku dan kampung-kampung bersebelahan.. jadi dengan rasminya aku ni dan keluarga aku dah diiktiraf sebagai mangsa banjir dan layak mendapat bantuan.. mungkin bantuan yang di bagi ni adalah bantuan kecemasan, dan mungkin ada lagi bantuan yang akan di berikan. Hmm manalah sapa tau kan..

Termenung aku di kala kesorangan...

Hari ni aku keja sebenarnya.. tapi ntah macam tak keja pun, yelah pepagi aku mai pejabat nak punch kad.. tapi punch kad off, tak leh la nak punch kad.. so aku masuk keja macam biasa la ari sabtu jam 9.00 (untuk rekod) dan aku datang keja macam biasa lepas antar mem aku pegi keja. SO sepanjang pagi aku tunggu kat kauter .. takde sowang manusia pon yang masuk.. nak kata tak tau perkhidmatan di buka.. bulan-bulan sebelum tu ada juga manusia yang masuk.. jadi tercongok lah aku kat kaunter tu.. sampai lah tengah hari.. dek sebab aku keja sowang takde partne nak ganti.. terpaksa la aku tutup kejap dalam kol 1.00 tgh sampai la kol 2 petang .. ye la.. aku nak makan.. nak hanto makanan kat mem aku lagi.. nak semayang Zuhor lagi... hah terpaksa la aku tutup..

Petangnya benda serupa jugak berulang.. takde sesapa pon yang datang.. alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dan betapa pula membazir kos letrik .. yer la dalam dok berjimat aku hanya bukak satu lampu.. satu aircon dan satu komputer.. tapi kos akan keluar jugak kan..?

Nak kau syorkan kat bos supaya ari sabtu tak yah bukak servis.. kang aku tau bos kata orang akan komplen.. pasai apa library tutup sampai dua ari.. dalam tutup satu ari pon ada orang komplen.. kang masuk surat khabar jenuh lak nak berjawab.. tapi tu la.. kalau bukak berapa kerat yang nak mai.. mai pon ikut masa juga.. biasanya kalau nak ada owang pon dalam bulan 3 baru nak ada owang pastu akan berlarutan sampai bulan 11 je.. biasanya abis peksa spm stpm owang dah tak mai library gi dah...

Satu lagi ni aku nak membebel pasal aktiviti kanak-kanak ni.. isk payah betul sekarang nak buat aktiviti,,, yer lah nak buat aktiviti perlu ada budak-budak baru leh buat.. kalau takdak macam mana nak buat. Sekarang ni dah payah nak cari budak-budak nak buat aktiviti.. yer lah nak salahkan dia orang pon tak boleh.. mak pak dia orang nak bagi anak depa pandai.. jadi kena la hantaq tuisyen.. jadi siang malam, ujung minggu ka.. ada saja tuisyen.. jadi celah mana kami nak cari orang nak buat aktiviti.. mungkin aku patut syor kan supaya kelab kanak-kanak ni di bubarkan.. ye lah akalu dah takde owang nak masuk aktiviti buat apa lagi kelab..? tapi dalam celah nak cadangkan tu.. ada jugak bebudak mai daftar nak masuk kelab, nak beraktiviti.. tapi bila kita aturkan aktiviti.. depa kata kena pi tuisyen lak.. aduh.. tak ke tension gitu...

Thursday, December 22, 2005

Hari Jumaat, tapi masjid tak de orang..?


Ari ni aku malas nak balik umah, kalau balik umahpon bukan ada sesapa, kak aku keja, mem aku pon keja, jadi aku lepak kat pejabat la.. leh juga layan blog.. leh aku buat update dan boleh jugak aku berkunjung ke blog sesapa.. lepas aku updatekan blog, masukkan gambo sekeping dua, pastu updatekan photo blog dengan gambo2 masa banjir, sempat juga merayau satu dua tempat.. pastu mem aku tepon nak makan.. aku pegi la hantar.. lebih kurang kol 12.40 balik ke pajabat balik.. pinjam moto kat kak Ngah nak pi sembahyang kat masjid Alwi Kangar, sekali aku tengok kosong jer kawasan masjid.. aih check jam aku.. dah pukul 1.10 dah takkan aku silap ari kot, kalau silap ari pon takkan tak dak owang langsung.. check jam aku sekali lagi... la betul la ari jumaat, takkan minggu ni cuti sembahyang jumaat, laa rupa-rupanya masjid ditutup la, baru lepas kena banjir, tak sempat di cuci lagi... aku terus amik moto pegi semayang kat masjid Putra, punya la ramai orang, ye lah dah di gabungkan dua masjid menjadi satu... eh pastu tambah satu lagi kariah behor Empiang pasal masjid dalam pembinaan.. punya la sesak..nak kuar masjid pon susah... apa-apa pon alhamdulillah dapat juga aku menunaikan sembahyang jumaat.. lepas tanggungjawab aku minggu ni,..

Petangnya dah abis masa keja aku nak pi amik mem aku kat Ulu Pauh, smp kat traffic light Arau tu, rasa dahaga lak, jadi aku singgah one of the kedai dekat2 situ, beli mineral water satu cukup la.. entah macam mana masa nak tekan, kunci keta tu terjatuh la pulak.. pastu bila aku tekan je dah tak der aper2 bunyi.. aaa sudahhh mesti masa jatuh ni rosak.. dah berkali2 aku tekan tak mou juga.. abisnya mau tak mau aku buka guna kunci la.. isk apa lagi berkeriau sakan la alarm keta tu.. jenuh pulak aku nak cari reset button dia.. cari punya cari dok kat bawah dashboard.. dah reset baru la ok.. fuhh angkat je kepala.. tengok owang kiri kanan dok pancang semacam je.. isk diorang ingat aku ni nak curi keta tu kot.. emm pencuri keta sendiri.. nasib baik takde yg repot polis.. kang bersoal jawab lak aku dalam lokap..

Lepas amik mem balik umah dah smp kol 6.15 petang kat umah.. aahh lega ati aku tengok air dah surut.. kiranya kat depan umah aku tu dah clear dah.. cuma ada sikit lagi.. err dalam 6 inch lagi tinggi air kat belakang umah.. ok la tu. Masuk umah tgk kat dapor dah tak der air.. cuma kat bilik arwah mak je masih ada air.. emm bilik tu mmg rendah.. jadi lambat la sikit.. tak pe tu esok ari sabtu mesti kering abis la.. pasni memang banyak la yang kena basuh ni.. adus sabo je lah... ok la. dah malam beno.. mem pon dah tido..sejuk la kat sini.. maklum la dah masuk winter wind ni.. sejuk giler la.. tapi tak le sesejuk si parjoe tu.. aper la dia buat sejuk2 macam ni yer..?

Wednesday, December 21, 2005

Wet Territory


Hari ni.. dah masuk hari ke 6 rumah ku dimasuki air.. dah enam hari juga tido ku tak menentu, memang inilah banjir bterbesar yang penah aku hadapi kat umah ku, seumur hidup aku ini lah pertma kali dan yang terbesar banjir melanda kat sini.. kalau dulu aku mengatakan kiranya banjir sampai ke umah aku, memang besarlah banjir yang melanda kat perlis.. dan memang itu lah yang berlalu.. banjir ini mencatat sejarah sebagai banjir yang tak diduga yang terbesar penah berlaku di Perlis. Keadaan hujan yang luarbiasa yakni hujan di luar musim yang berlarutan selama empat hari dan empat malam telah melimpah air yang luar biasa banyak nya dan mencatat bacaan melebihi paras waspada 29.40 meter di Empangan Timah Tasoh, di mana kemucaknya membawa kepada bacaan setinggi 30.00 meter menyebabkan ianya perlu di lepaskan secara berperingkat untuk menurunkan isipadu air di empangan. Kesannya limpahan ini menyebabkan banjir ke seluruh negeri Perlis.. lebih 40 pusat pemindahan banjir telah di buka bagi menampung lebih 8000 mangsa banjir. >>> panjangnya intro

Yang paling menjengkelkan aku ialah kemana hilangnya wakil rakyat yang telah dilantik, yang diangkat oleh rakyat.. sepanjang masa banjir ini tak nampak batang hidung pon.. bukan la hendak meminta simpati mau pun bantuan, tapi kesian juga pada orang kampung tertanya tanya mana la wakil rakyat mereka..
Ahh.. abis sudah citer banjir... kang aku letakkan gambor kat sini... nanti update entry nanti aku masukkan..

Emm.. satu hal lagi.. ari ni aku sembang ngan 'peep', korang jangan dok pikir bebukan pasal nama 'peep' ni, di bukannya bebudak jahat maupon bohsia ke, 'peep' sorang insan yang aku kenal, ari keciknya sampai sebesar2 nya, in fact aku leh anggap dia sebagai adik, moupun kekawan.. sekali aku ingat aku boleh nak angkat terus je, sesenang itu dan semudah itu aja, tapi hakikatnya aku tak mampu, kalaupon aku mampu, aku tak boleh.. dan kerana itu maka telah merosakkan 'peep', ( isk bukan rosakkan yang tu jgn narrow aa...), dan telah juga merosakkann hubungan kami.. aku dah maleh nak cite panjang pasal apa yang terjadi.. mungkin kalau aku rajin aku sambung dalam 'blogathon' nanti.. jadi sepetang aku chat ngan dia, melunaskan apa yang kelabu.. menjelaskan apa kelam.. dan harapan ku agar perhubungan kami akan berterusan dan jelasnya bkn sebagai hubungan intim tetapi sebagai sedara kalau boleh.. ok full stop citer ni..
isk elok2 jer nak tukar hari baru ni... key lah dah ngantuk.. nak sambung blog dalam mimpi lak.. oh yer air bah dah makin surut.. kang makin banyak keja clearence kena buat.. isk sabo je lah

Tuesday, December 20, 2005

Racangan Tergendala Sebentar.. Harap Maaf



Hi sumer.. tak dapat nak updatekan blog aku lagi ni.. sumer nye kelam kabut kat umah aku.. bersimponggang barang2 kat umah aku.. banjir la.. banjirrr.. isk tak penah seumur hidup aku duduk kat umah ni air bah naik .. tak penah bah pon.. ni lah kali pertama.. ntah la .. aku nak panjang kan entry ni.. tak pi tak leh lagi.. nanti2 la..

nih yang akan menjadikan blogathon aku makin panjang ni.. hehhh hheee.. kena la sabo lagi ni.. sabo lah lagiii...

Hah ni bilik aku ni pon dah di masuki air.. macam mana aku nak update... ni dah update dah ni.. gambo betul nyer aaa.. bukan tipu2.

Thursday, December 15, 2005

Aku dan aku.. sampai bila...

Semalam kau merayap kat dalam blog joe gi, walaupun aku tak khatam Joe punya blog lagi, tapi aku teringat nak merayau kat dalam guestbook.. pastu aku gatal-gatal lak pi sign guestbook dia, ntah la dia baca ke tak? Aku pon tak tahu...

Bila aku baca lain guestbook dia, dan aku tijau kata-kata ku sendiri, aku tertangkap dengan satu phrase ni, "Semenjak orang menceritakan perihal kau, aku selalu terpikir, orang yang macam mana lah kou ni, aper lah yang menyebabkan kou jadi macam ni dan bila membaca blog kou ni menyebabkan kekadang akuk menyelam diri aku sendiri, sedikit sebanyak aku terpikir juga.. kou lah orang yang aku idamkan untuk jadi selama ni.. kou stranded di US sana, tapi aku stranded di sini, mana tak leh nak pegi... "

Mungkin phrase aku boleh jadikan sebagai pedoman kepada 'blogthon' aku nanti, walaupun banyak nak aku kisahkan..tapi aku masih lagi memilih, menapis, dan menambah suai sesedap hatiku, supaya lebih sedap bak tomyam di Restoran Kandis tak pun sekurang2nya tomyam kedai Yani..

So esok aku cuti, dok sengsorang pada waktu pagi.. mungkin aku akan siap kan drafnya nanti.. kalau sesuai aku akan bagitau berapa lama blogthon aku nanti.

*..'blogthon'- blog marathon : emm kan dah jadi istilah sesedap hatiku... harap takde owang DBP cari aku nanti.

Wednesday, December 14, 2005

Telefon Maintenar!

Hmmm.. aku letih laa ari ni... ntah la pasai apa... tapi tadi adala aku dok naik turun tangga, buat extension telefon yang leh sambung kat bilik aku dengan kaunter.. kang tak lah teruk aku berkejar sana kejar sini semata-mata nak jawab tepon, alhamdulillah tak sangka aku ni terer gak.. dah siap keja aku tu, dah leh pakai pon..pasai tu la kot aku letih sangat.

Semalam aku kata macam nak demam, tapi tak demam pon, mungkin jugak aku demam tapi aku rasa tak demam, isk yang mana satu ni... emm sebenarnya aku boring la malam ni, nak tido awal sangat, kang sebelum subuh dah jaga.. nak tengok tv dah ada owang tempah, tengok E Pring kat Channel 8 la.. tengok gambar Cina la.. akhirnya aku boring sendiri.

Dalam kepala aku ni penuh dengan idea.. aku ada plan nak buat satu blog marathon dimana aku nak conclude keseluruhan kejadian kesah dan apa-apa yang terjadi pada diri aku sepanjang tahun 2005 ni.. aku masih mencari ayat2 yang sesuai, phrase2 yang sedap, dan apa2 jua yang berkaitan untuk di masukkan kedalam entry penutup ku di tahun ni... moga aku dapat merangkum semua sekali la.. senang! Kurang2 orang akan tahu apa orangnya sangkelu ni.. kenapa dia mengelu.. apa yang bermain dalam fikiran dia.. apa misteri yang menyelubungi dia dan apa2 saja berkenaan dengan diri dia ( jangan harap la aku nak bagitau direct.. kan aku ni kelu.. kiasan adalah sebahagian dari kekeluan... tu pun dah cukup baik)

Dan aku harap entry ku di penghujung tahun ni bukan satu dalihan, bukan satu dongengan maupun alasan diatas apa jua tindakan aku, tindakan yang telah aku lakukan.. so stay tuned!

Heh kekadang aku rasa macam nak jadi joe lah pulak.. kalau joe merantau di kejauhan, merantau di negeri orang.. tapi aku ni merantau dalam diri ku sendiri.. merantau mencari sebab dan musabab mengapa aku mengelu..

jom lah.. aku nak gi tgk CSI Miami...

Tuesday, December 13, 2005

Khusyuknya dia..


Emmm dah lama aku tak update... entah la apa pasal.. aku sendiri tak tahu... nak kata aku malas tak juga... hari aku mengembara dalam blog joe.. blog lain.. chat kat shoutbox.. kat tagboard... entah la.. nanti la aku update lain...

dalam aku dok tunggu kaunter tu ada gak satu scenario ni.. khusyuk je dia baca buku, dengan mulut becok nya bertanya sana sini kat mak dia..

..... aku rasa macam nak demam je la.. nanti la aku sambung

Tuesday, December 6, 2005

Aku Seorang Pencacai

Baby Twins Kakak Aku
Sabtu-3/12 : Hujung minggu ni aku sibuk, walau pun aku tak kerja, tapi sibuk dengan kenduri kat kampung. Beginilah rutin hidup aku sekarang, kalau dulu kenduri kendara kat kampung jarang sangat aku nak join, cuma kalau ada tak pon aku cuma pegi makan, singgah sembang sekejap dah balik. Heh kini mungkin juga kerana aku dah makin tua ( ikut kata joe la) maka fikiran pon dah makin terbukak lah gamaknya.. kenduri kendara pon dah jadi sebahagian daripada kehidupan, pagi sabtu ada satu kenduri dekat umah aku yang akan diadakan pada hari ahad, jadi awal pagi sabtu lagi aku dah mula terlibat, buatt khemah lebih kurang, siapkan lah perkara perkara yang patut sampai lah kol 10 lebih aku pon blah la tgk dah tak der ape sangat nak buat, ye lah kita buat keja yang besar besar lah, yang kecik kecik tu tinggal adik beradik diaorang lah buat, pastu terus aku ke market cari ikan sikit, then balik umah lepak jap.. petang pas gi amik kakak aku kuar lagi pi makan kenduri kat umah sedara aku kat Kg Pida 5, Kedah.. petang baru balik... adus letih gak seharian bergerak..kalau dok saja pon kena drive lak...

Ahad-4/12 : Hari ni pas aku bangun (kol 9.00.. heh terbabas gak) mandi, pastu pegi nat ( pasar sehari) cari barang masak sikit dalam kol 10 lebih balik, terus pegi kat umah orang kenduri, buat keja lebih kurang, makan pastu balik amik mem ngan kak aku bawak pegi ke tempat kenduri pastu balik..singgah kat satu lagu kenduri pastu balik , adus abis keja aku.. ( keja?.. apa lah keja aku kan)

Isnin-5/12 : Keja balik, ari ni internet takde, server tengah di upgrade, alah diaorang nak masukkan PHP program ke? Yelah nak web rasmi nak masukkan kat situ, jadi 1 hari internet down.. nasib system ok , kalau tak aku yang kalut, so dah tak de keja aku kena accompony satu syarikat tu nak buat networking, fitting elektrik untuk projek USP.. ehh ikut aje lah aku, mcm pencacai je.. kejap Kuala Perlis, kejap Arau.. pastu Kuala Perlis, pastu Arau balik.. alah buring nyer akuuuu... dah la pakai keta aku (van diorang penuh barang, so diaorang bahagikan keja.. aku lak kena angkut yang lain.. kalau bagi duit minyak ok gak.. maunya terpaksa gak berkorban untuk opis aku.. dengo tu sumbangan untuk opis). Keperihalannya.. last-last aku yang tak makan tak rehat.. mau lembik lutut aku.. isk sabo ajer la...

Selasa-6/12 : Sampai kat opis pagi pagi lagi aku heck internet.. hah dah ok la, so sepagi la aku dok guna internet, petangnya aku bawak mem pi check perut kat spital... alhamdulillah sumernya ok.. weight dia naik 6kg.. uhhh macam nak dapat twins ajer.. :), isk tak de la.. aku jer buat spekulasi, yer lah kali ke 2 gi check berat badan dah naik 6 kg.. tu baru masuk 4 bulan.. emm bila dah 7, 8 bulan isk...

Friday, December 2, 2005

Baby Story


emmm.. dah seminggu aku tak update kan blogni kan.. sebenarnya tak banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku dalam minggu ni.. sumernya perkara biasa yang terjadi.. ada pun yang terjadi cuma aku terserempak dengan Baizatul Shima.. ( aku pon heran..macam mana aku leh teringatkan nama dia ..penuh dengan nama ayah dia...) Bila dah terjumpa, memori lama masa sekolah dulu pon menjengok semula.. dia adalah antara gadis yang berjaya menarik minat aku dulu.. zaman cinta monyet.. heh tapi kau tetap aku, insan yang bersembunyi disebalik pintu untuk melihat orang yang aku minat... haaa haa lawaknya.. dan bila sesekali terjumpa terserempak di library, mulut ku kelu nak berbicara ,.. hanya senyuman bermain di bibir... hah kenangan dulu..kenangan masa zaman awal remaja..manakan leh lupa.. biarlah.. yang berlalu tetapkan berlalu manakan leh patah balik.. dia pon dah ber anak dua... aku..?

Dalam minggu ni ujan jer tak berenti.. kalau tak siang malam.. kalau tak malam siang.. kalau tak pagi petang.. kalau tak petang pagi


Week Ten
Baby is now called a fetus in "medical terms". You, however, may have chosen the name "peanut," "angel," "jumping bean" or simply "miracle."
The most critical part of your infant's development is complete. Now you are headed into a period of rapid growth.
While a bit strange to envision, your baby's head is now about half its length - Soon the rest of the body's growth will catch up but this area is prepared to keep up with the rapid brain development!
Eyelids fuse shut and irises begin to develop - Eye color is also determined by this point.
Placenta begins to function this week or next - The placenta is the organ responsible for both the provision of nutrients along with the removal of waste to keep your baby growing strong!
Your baby will be about 1.22 inch long (3.1cm) and weigh 0.14 ounce (4gm) at the end of this week

Week Eleven
Nearly all structures and organs are formed and beginning to function.
Fingers and toes have separated - Take a glimpse at how incredibly precious your child's tiny feet are at this point.
Hair and nails begin to grow
The genitals begin to take on the proper gender characteristics - It will be just a few more weeks before your ultrasound can show if you are having a boy or a girl! Have you been dreaming of pink or blue?
Amniotic fluid begins to accumulate as the kidneys begin to function - This fluid, consisting primarily of water, helps provide a cushion for your baby while she's nestled within your womb.
The muscles in the intestinal walls begin to practice contractions that digest food.
Your baby is about 1.61 inches (4.1 cm) long and weighs 0.25 ounce (7gm).

Week Twelve
Vocal cords begin to form - While perhaps not quite ready to be introduced to the nearest opera stage, your infant will use these immediately following the moment of birth. Bet you can't wait to hear that first cry!
Those precious eyes begin to move closer together - Are you wondering if he will have mommy's crystal green eyes, daddy's laughing brown ones, or maybe out of the gene pool will emerge grandma's clear blue!
Ears shift to their normal place on the side of the head
Intestines move farther in to your child's body
His or her liver begins to function - Responsible for cleansing the blood, storing nutrients, and providing needed chemicals, this is an important event!
The pancreas begins to produce insulin
Guess what? Your baby's average size is now at a whopping length: 2.13 inches (5.4cm) and weight: 0.49 ounce (14gm)