Saturday, April 22, 2006

Amanat Seminggu!


Uhhh.. penat aku.. dari kemarin sampai la ari i.. aku dok cuba pebaik blog aku ni.. macam - macam jenis dah aku try.. dah macam kerenah yang aku ken abuat.. kejap copy code.. pastu copy dari backup lak.. pastu kena cari wallpaper.. pastu cut an paste.. akhirnya jadi la macam ni... ntah la aper komen korang.. aku pon tak tahu aku dah letih dah ni..

Emm stat esok aku cuti.. lepas tu aku kena pi kursus kat Perpustakaan Negara.. dari 24 - 27 April 2006.. lepas tu aku sambung cuti ( cuti ganti keja ari ni la).. lepas tu sambung cuti lagi samapi hari Isnin.. haaa panjang tu .. lam ajugak rasanya aku tak memblog nanti..

Esok mem aku nak pi Penang.. aku sebenarnya risau juga nak lepas dia pi.. tapi dah nak pi juga nak buat macam mana, dah nak pi juga.. siap dah berjanji dah ngan mak menakan dia, dengan mak dia lagi.. jadi biaq pi lah depa nak pi.. aku doa kan je la supaya depa selamat.. aku maleh nak pi.. dah lus aaku lak nak jalan, naik bas.. emm biaq la aku settle kan apa yang patut nak pi ni.. yer la mana nak cari beg baju gi, mana nak kiwi kasut lagi.. takkan mem aku nak kena buatkan.. aku la buat sendiri.. nak harap mem aku.. dia nak tunduk2 pon dah payah..

apa pun doakan juga aku supaya selamat pergi dan kembali.. supaya aku pergi dengan dada yang terbuka nak timba ilmu, dan pulang menjadi sseorqng uang lebih pandai dari hari ini.. dan dengan dada yang lebih berilmu dari hari ini..

buat kawan-kawan yang selalu berkunjung ke laman sangkelu ni.. nanti kan aku kembali.. semoga ada ide yang lebih baik lagi...

Thursday, April 20, 2006

Sendiri...


SendiriManempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati

Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan

Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

Jamal Abdillah

Hari ni aku keja sorang la... sumer member-member dalam bilik aku ni depa pi Sabah, ada Sukan dan Sukaneka Perpustakaan Awam se Malaysia yang di buat kat sana.. so sampai 25 hari bulan ni.. aku kesorangan... Posted by Picasa

Tuesday, April 18, 2006

Hujan Semalam


Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati
Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Monday, April 17, 2006

Satu Nostalgia

Suatu masa dulu.. arghh.. dah ilang idea aku.. masa aku nak masukkan gambo ni.. berderet-deret idea aku..

pastu ingat bila mai satu masa yang aku lapang leh juga nak update.. tapi ari ni.. bila dah nak update.. dah ilang idea aku .. kemana la perginya idea aku ni... isk apa yang aku nak cite aaa...

(fikirr..fikirrr.. mana la idea ni..?)

Saturday, April 15, 2006

Mercu tanda: dalam suatu perjalanan

Emm buat ke sekian kalinya aku masih lagi tak keja pada hari sabtu.. dok kat umah pon best gak.. tinggal aku
sowang sowang.. leh la aku merayau ka, aku nak berkebun ka.. aku nak meronda ka,, macam2 leh buat..

Pagi.. selepas aku pegi hantar mem aku pegi keja on the way balik tu aku nampak lak ada dua tiga mercu tanda kat tepi jalan .. sebenarnya dah lama ada .. tapi aku maleh nak tangkap pakai hanphone.. so dah kebetulan ada kamera kat aku (yg semalam tangkap gambar kat Kuala Perlis tu) aku tangkap lah satu-satu gambar tu.. emm ok la jugak kan.. leh juga aku tempet(?) kat sini..

Tengahari sikit tu aku ingat nak gi cari ikan la untuk malam ni, on the way tu aku nampak ramai lak orang.. ingat kan ada eksiden ke aper ka, yer lah jarang sangat aku tengok orang ramai kat tepi laut ni, selalunya yang ramai ni geng mat - mat rempit tu ada la.. tak pon masa tsunami ari tu... bila aku pi dekat tengok , oo rupanya ada orang buat pertandingan mancing.. patut la... last last ikan tak dapat.. aku tengok orang mancing je la... dah lapar akau tapau nasi je...

Friday, April 14, 2006

Melukis

Emm.. dah lama aku tak update.. dah berdebu.. tu la asyik dok komplen dan asyik dok ingatkan orang lain pasal blog depa yang berdebu.. last last blog aku yang berdebu.. malah dah mula di makan bubuk(?).. nasib baik la belum di hinggap anai-anai.. aku sibuk sikit sekarang ni.. maklum la aku dok kat HQ memang kena manjang la,macam2 kena buat.. aku kena taip surat la.. kena buat homepage.. kena jadi cameraman la.. isk dahsyat aku ni.. kereja yang tak menentu ni..

Macam aku kata tadi la.. kerja yang tak menentu.. jadi petang nya aku kena pulak pi amik gambau.. emm tempat nya dekat Perpustakaan Kuala Perlis.. aku rasa ni lah first time dia orang buat aktiviti.. yer la perpustakaan pon baru di buka.. peminjaman buku pon dah bermula.. aku rasa setakat ni pengguna ni ramai juga la.. tapi yang aku nampak tu bebudak la yang paling ramai.. selain tu perkhidmatan internet untuk kanak-kanak pon dah ada.. di bawah projek USP..

Abis jer program tu aku balik terus la.. kang satu keja lak aku kena berulang pi mai pi mai...

Monday, April 10, 2006

100th entry : berkebun & berjemur..

Dua hari bercuti, aku lepak je la kat umah, hari sabtu tu, pagi nya aku buat la keja kat kebun sikit, nak nyangkul, dah cangkul patah lak, yer lah dah lama cangkul tu, pastu lak ari tu dah tenggelam dalam air bah, so aku pegi cari lain la batang dia, .. cari kat mana? mana lagi, kat kedai la.. uih dah mahal sekarang harga batan cangkoi ni, dulu kalau aku beli dalam 3 -4 ringgit jer, sekarang ni dah jadi 6 ringgit.. uih mahal la..

Dah ada batang cangkoi, sepagian tu aku dok buat cangkoi tu la.. tak la rumit sebenarnya..tapi dengan peralatan yang terhad, maka masa la nak siap.. aku ni macam beria-ia sangat nak berkebun balik, heh hee mcam hangat2 taik ayam karang.. tapi tak per, kalau hangat2 taik ayam kang taik ayam tu aku amik buat baja nooo..

Tengahari tu macam biasa ari sabtu yang lain, aku pi amik ka aku dulu kat kangar.. pastu pi makan kenduri kat Kuala Perlis... balik dari Kuala Perlis lepas semayang, pergi lak amik mem aku kat tempat keja dia pastu pi makan kenduri rumah kawan mem aku kat Jitra lak... sejam kita orang dok kat situ .. on the way balik tu ujan lebat kat sepanjang hi-way.. smp aku terpaksa bawa slow keta.. jaln kat depan tu blurr je.. smp kat Perlis tak der ujan la pula, tapi gelap jer.. macam nak ujan .. sampai je umah.. ujan turun .. lebat sungguh dengan angin kencangnya...

Ahad pagi, awal nya aku bangu.. kononnya bersemangat la nak jadi pak tani... aku bersihkan kawasan sekitar kebun tu sikit2, aku gemburkan tanah-tanah dia.. aku buat batas nak tanam sayur..

sambung lah....
Posted by Picasa

Friday, April 7, 2006

99th Entry : harumanis o harumanis!

Isk.. ni dah 99 entry aku.. dari ntah apa-apa yang aku masukkam dah tu menjadi tempat luahan hati ni dah tempat diari aku seharian campur coretan rasa sama.. waa apa korang rasa dengan tulisan aku..? pasal tu aku perlu create kan satu poll kat sini.. aku nak jugak feed back dari pembaca.. yer la baik ke buruk ke penulisan aku ni.. korang paham ke apa yang aku tulis, atau pon aku paham ke apa yang aku tulis? heh ee..

Sementelah tu dah tak der nak coret kat mana korang tulis la kat tagboard ke, atau pon kat comment ka.. nanti aku baca la.. korang jangan lupa undi no !


Emmm bila tengok gambo sebelah ni teringat lak pokok harumanis kat umah aku ni.. ni gambo ni aku tangkap kat tepi bangunan lebri, sebelah pejabat aku ni.. dia punya buah dah nak tua.. kang jenuh la dengan pelam harumanis ni.. tak le lebat sangat, boleh la sumer orang rasa serba sikit. Yang kat umah aku pon tak lelabt.. tapi setakat nak bagi ilang ngidam mem aku boleh la..

Satu hal pasal mem aku ni. Dia punya ngidam kat mempelam harumanis kat depan umah aku tu, sumer dia nak, macam nak pi tulis nama kat buah tu, dia nak chop dia punya.. nak tergelak aku.. ni kalau dia baca entry ni, teruk la aku nak kena 'kute'.. abis la aku lebam2 karang.. isk macam kes penderaa la pulak..

eh sedor tak sedor dah pukul 6 lebih dah ni.. elok la aku packup lebih kurang.. pasni nak kena check lak sumer pc dah tutup ke tak.. lampu la, aircon pasang ke tak? Esok aku cuti la.. tinggal dua tiga orang yang keja buat OT.. aku maleh dah nak buat.. cuti pon banyak gi nih..biar lah depa yang buat.. cian kat depa tak de cuti, kalau tak mai keja tak de gaji.. yer lah keja sambilan macam tu la.. bila ntah baru nak dapat jawatan tetap.

sekilas pandang..
emm mr parjoe tu dah mula mengorak langkah kembali.. dah sekian lama dia menetap di satu tempat.. akhirnya dia buat keputusan untuk berhijrah kembali.. mungkin dia ada sebab tersendiri maka dia mengambil keputusan untuk berhijrah. harapan aku.. biarlah hijrah dia bertempat.. hijrah dia mencari yang terbaik buat diri dia.. hijrah nya menjadi bekal meneruskan kehidupan dimasa depan.. hijrahnya mencari keredhaan dari PenciptaNya.. menjadi pengembara agung mencari diri di perantauan..

semoga suatu hari nanti, menjadi bangau yang terbang akan pulang ke belakang kerbaunya jua..

Thursday, April 6, 2006

Booom!!! .. and here i'm, back to basic!

Adusss... semalam punya la semangatnya aku nak update kan blog aku ni, konon-konon nya nak bagi versetile lagi la, jadi aku nak tambah poll, at least aku akan dapat pendapat dari pembaca la.. so sepagian tu aku cari la..mana-mana website yang ada sediakan poll percuma (dah semestinya la.. ) jadi aku nampak la satu website ni, dah siap aku isi sumer keperluan dia jadi aku generate la jadi html.. pastu aku pon masukkat template dan aku pastu kan.. emm dah jadi la aku rasa, so aku pon save tanpa preview la, dah selalu tu buat ok je.. kali pon aku ingat ok jugak la..

Tanpa aku sedar, rupa-rupa nya.. aku dah tersalah select tempat nak di paste kan, jadinya... booommmm!! terpadam habis sumua coding kat bahagian atas.. so bila aku refresh balik yang tinggal hanya bahagian sebelah tepi saja.. semua entry-entry aku dah ilang!.. alamak !!

Jadinya mau tak mau aku terpaksa la set semula, bagi jadi balik macam asal.. tapi dah tak leh dah.. sumer link, profile dan chat box tu dah ilang.. kena la aku buat balik satu, satu.. satu.. semula.. jadi apa yang ada ni adalah selepas aku buat balik seharian ari ni.. tak jadi keja la aku kat pejabat ari ni.. dok set balik blog aku saja.. dan nasib baik juga tak de keja lain yang di bagi , dan nasib baik jug ada sorang praktikal kat sini.. so boleh la aku dok pomen balik blog aku..

Ari ni juga aku bawak mem aku pi spital.. check perut... nampak gaya nya makin memberat mem aku tu, sampai doc tu tanya.. eh ni macam kembar je..? arrkkk..!! kembar? isk ada ka..?
Posted by Picasa

Tuesday, April 4, 2006

Merayap Sepetang

Entah la.. kenapa aku masukkan tajuk ni kat entry kali ni... aku pon tak pasti.. sememang nya aku ada merayap dengan mem aku petang kemarin, yer la selepas seharian aku memeningkan kepala aku dengan membuat pembaikan dua tiga bijik komputer kat Simpang Empat tu, memang aku pening.. tapi aku lega.. walaupun bukan semua komputer tu berada dalam keadaan baik tapi masih boleh di gunakan. Pasti nya aku tak tau berapa lama komputer2 tu boleh bertahan, dah usang benar komputer tu.. tapi nak buat macam mana... bukan senang nak ganti yang baru, malahan kalau ada yang baru mesti di beri kepada bahagian lain yang lebih memerlukan.

Berbalik pada rayauan kami kemarin, sebenarnya tak le kemana sangat cuma, on the way balik dari Simpang 4 tu, terus la kami balik ikut Sg Baru, means that balik ikut jalan tepi pantai la.. kononnya tak release kan tension gitu.. haaa.. haaa... aper la tension sangat tu... tapi ok gak la.. pasal air tengah dok pasang, leh jugak dengar deruan ombak, hembusan bayu petang dan juga kicauan camar laut yang berterbangan. Sempat juga kami singgah kat satu stall tu belik rojak buah, mem aku la teringin nak makan rojak buah tu.. aku ni tumpang sekaki la..

Kami sampai umah dah dekat nak azan Maghrib dah.. so tak der aper la nak buat sangat.. kak aku pon dah masak, jadi tunggu nak makan malam je la..

psttt...
ntah pasai apa tah semalam aku mimpikan...., dah lama aku tak jumpa dia, dah la tu, dah lama tak nampak dia, dah tu dah lama tak dengar citer pasal dia, macam mana la dengan dia yer, apa la khabarnya dia ye...

Monday, April 3, 2006

Yooo...

Yooooooooooooo... dah lama aku tak update no, sori la.. aku tersibukkan diri ku dan kepala ku.. jadi langsung terkelu idea aku...

Anyway memang aku takder ape citer sangat.. cuma ada dua tiga perkara yang berbangkit... setelah 3 bulan lebih kering kontang .. akhirnya air dah mula masuk kembali ke bendang.. tak der la nak panas sangat kat umah aku, dan mala hari pon mula riuh dengan bunyi katak dan cengkerik bersahut sahutan... so jadinya makinkehijauan la sekitar umah aku ni, pokok buah-buah pon makin menyubur.. dan pak tani pon mula turun ke bendang.. membajak, menebas, meracun dan sebagainya.. sebulan lagi maka makin menghijau la bumi ni..

Emm lupa lak minggu lepas ada juga aku merayau.. yer lah dah baru dapat gaji, leh pi makan kat tepi laut tu,pegi la satu gerai tu.. order ais kacang dua mangkuk, pastu kerang bakar sikit dan cucur udang.. sekali yang sampai kerang dan ais kacang je.. heh dah tak bayau lagi aku diam jer la.. tapi agak mahal gak la.. mungkin pasal dia dekat dengan laut pasal dan tempat baru pasal tu lah kot..

Minggu lepas ada lah jugak minggu yang membengong kan kami kat bahagian ni.. alah macam biasa bila bersangkutan dengan system ni.. so kat sini dah ada dua system la kiranya.. satu library system dan satu web system.. satu untuk kerja-kerja berkaitan dengan library dan satu untuk laman web dan promosi library.. alkisahnya.. ada dua vendor yang buat dapat sorang satu kerja2 ni.. dan aku dan dua tiga orang kawan aku ni dok kat tengah2.. so sepatutnya kami yang dapat last end punya produk dan kami menyediakan input-input pada depa saja.. ni dah lain jadinya.. last2 depa lawan dok pertahan ego dan pendirian masing2 kami yang jadi mangsa... adusss .. malah ni pikio so aku cakap kat diaorang.. apa2 pon kami nak benda sumer nih siap.. (tapi lom siap sepenuhnya lagi..)

Emm dah pening2 pala pasal dua owang vendor nih, balik dari keja mem aku ajak balik kampung.. heh kampung dia la.. so petang nya kami pegi la kejap..tengok dah ada pokok buah yang dah nak mula masak.. satunya buah mertajam (Lepisanthes rubiginosa, Eriglossum edule) ni.. kalau kat tempat lain aku tak tau la apa orang panggei buah ni.. tapi kat sini buah mertajam la.. ingat leh gak nak merasa.. tapi burung dah sental dahulu.. tinggai lah macam ni aje.. alamat dia molopong la aku dan mem aku....