Wednesday, December 28, 2005

Kelu..

Hari ni angin kurang baik sikit, tiba-tiba je aku moody, dan mem aku pon sama, jadi masing-masing cari pasal, on the way pi hantar dia ke tempat keja kami mengelu, sepanjang perjalan kami mengelu, masing-masing buat hal memasing. em sampai petang aku pegi amik dia, pastu dia nak pegi umah kak dia kat Beseri aku ikut je, malas nak bercakap banyak, sampai sana kami jadi macam biasa je, emm memasing belakon je, tak nak owang tau, tak nak owang suspect something... dah masuk Maghrib baru kami balik, on the way kami singgah kat masjid Putera, Kangar.. mungkin berkat sembahyang kat masjid ari ni, kami dah cool dah sikit malam nyer.. dah leh di bawak berbincang..

Puncanya sikit jer : dia kata aku dah tak sanggup nak hantar dia pegi keja, alahai.. mana lak tak sudi, cuma aku tanya dia boleh ke drive sendiri pegi keja, senang sikit aku tak yah dok berulang-ulang, dengan dok mengejar masa nak pegi amik dia.. em kalau dah tak leh nak bawak nak buat macam mana kan, kena la aku berulang alik Kuala Perlis - Ulu Pauh.. sehari 2 kali.. isk sabo jer la...

sangkelu days off

Hari nih aku sambung cuti lagi la, malas nak gi keja, dah dua ari sambung cuti kena buat keja macam-macam dan berjalan sana sini bersama mem dan merttua aku, dah buat keja mengemas dan mencuci kat umah, aku nak cuti untuk diri aku jugak, satu hari aku duduk di rumah kadang - kadang tak de buat apa, cuma tidor dan tengok tv jer, kadang-kadang masa aku rajin aku akan berkebu, adalah sikit-sikit setakat tanam sayur-sayur dan juga jagung, bukan la besor pon tanah kat belakang umah tu.

Sedikit mengimbas masa lalu, masa ku bujang, aku suka sangat kalau leh cuti nak bermalas di umah, biar lah tinggal aku dengan emak saja, mak buat kej adia aku dok sowang tengok tv ke, tido ker.. tapi kini gamaknya kalau aku cuti macam ni memang nya aku tinggal sowang ler, dah tak de sapa gi dah kat umah...

Berbalik pada cite aku sowang ni, aku ingat nak cuci keta lah, dah seminggu tak bercuci, yer lah ari tu dah banjir, pastu sibuk dok cuci umah pastu terus gi berjalan, ni dah cuti aku basuh lah, bukan satu tapi dua-dua sekali, dengan keta kak aku sekali, heh rajin la pulak.. dah abiskan mencuci dan pas makan, aku do habiskan nak buat blog ni la.. pukul 4 lebih aku gi amik kak aku, pastu hantar dia balik, pastu patah balik gi amik mem aku, pastu kami balik terus ke rumah mertua aku jap, makan malam, dalam kol 9 balik umah, ngadap balik komputer ni nak siap kan blog a thon ni.. habis lah satu ari cuti aku..

-: Petang tadi aku dapat call dari Badar - Perpustakaan Arau, dia kata aku dengan dia akan di tukarkan ke Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis, em akhirnya aku kena juga pindah lagi, walau pun dia kata hanya sementara tapi aku masih juga kena pi, ye la sapa nak pi lagi kan ? Aku yang urus sumer dari awal http://myppanps.blogspot.com tentu la aku yang kena, jadi tambah lagi satu koleksi pioneer aku kat tempat baru, mungkin keja aku ni untuk buka library baru kot?

Tuesday, December 27, 2005

Senandung syahdu : Tsunami

27 December 2005Semalam.. genap lah setahun berlakunya peristiwa tsunami, seluruh dunia masih terasa akan kesannya, tapi ada bebarapa negara yang menerima kesan langsung dari kejadian ombak besar Tsunami ni... Terutamanya dari daerah Acheh di Indonesia , India, Sri Langka, Thailand dan beberapa negera lagi yang menerima kesan terus dari ombak tsunami ni. Di Malaysia lebih kurang 66 orang terbunuh akibat tsunami nihkawasan yang paling teruk di timpa ombak tsunami ialah di Kota Kuala Muda Kedah, Batu feringghi, Di Langkawi dan beberapa tempat lagi. Di Perlis kawasan yang terlibat adalah di Kula Sungai Baru dan Kuala Sanglang, tiada kematian yang di laporkan, yang ada hanya kehilangan nelayan ke laut yang kemudian pulang semula.

Emm.. aku masih ingat lagi masa ni, aku, emak dan kak pergi makan kenduri kat Behor Mali dan di sana orang sedang heboh memperkatakan pasal tadi berasa pening kepala, katil bergegar, tiang elektrik yang bergoyang, emm aku sendiri pon tak sedar sebenarnya, pasal aku bangun lewat, tiba-tiba ada orang bagitau yang banyak kapal yang karam dan pelantar pendaratan ikan jatuh ke kuala sungai, aku ingat diorang menambah citer je, tapi aku ajak jugak emak dan kak pi tengok, isk lalu lalu aje, entahkan sungguh entahkan tidak kan..? sampai sana memang benar lah, orang ramai kat sana, ketika aku sampai air dah surut entah kali ke berapa dah pasang surut ni, aku pon bergerak la ke pelantar ikan yang tak jatuh tu, tiba-tiba ada orang menjerit kata ombak datang pulak, isk.. memang bena rla aku sendiri menempuh pengalam dengan kedatang ombak kuat ni, kejap je dah sampai ke kuala sungai, membawa air yang hitam pekat, berlaga-laga sampan dan bot ikan sesama sendiri.. aku tengok kat dalam sungai tu, dah ada banyak sampan yang dah karam, tong ikan terapung sana suni, pukat ikan pon di bawak arus, ada juga sampan yang di hanyutkan ke tengah laut, ada juga nelayan yang cuba nak selamatkan sampan tapi, air yang nai dalam masa yng sinkat tu menyebabkan mereka tak dapat berbuat apa-apa! Kejadian pasang surut ini berlanjutan sampai malam, da aku kerap lak pergi tengok, entah pasal apa, rasanya kalau boleh aku tak nak lepaskan pengalaman ni. dan malamnya aku pergi lagi, tapi jalan sepanjang pantai dah ditutup polis, mereka kata ada gegaran susulan, dan di khuatiri kan berualang ombak tsunami ni, sampai esoknya keadaan masih dalam keadaan berjaga-jaga, pasal esoknya air akan pasang besar jadi mungkin air akan melimpah lagi.. jadi kawasan tepi pantai menjadi kawasan larangan, polis berkawal sepanjang simpang jalan, hanya penduduk setempat yang leh lalu, tapi aku lepas gak..

Kepada mangsa tsunami,
aku harap mereka akan bangkit,
kerana kehidupan takkan selesai dengan meratap,
kesedihan bukan penawar dalam meneruskan kehidupan.

Aku harap mereka tabah,
kerana ketabahan adalah tunjang kehidupan,
aku harap mereka rela terima keadaan,
kerana kerelaan itu sendiri adalah pengubat jiwa
dan perangsang dalam kehidupan.

-: Hari ni juga mem aku pi tenuduga kat MAA Insurance, jawatan yang di tawarkan hebat sangat 'Unit Manager', tapi akhirnya kena jadi jurujual insuran gak, emm heh aku tau memang diatakkan minat, sabo ajer lah sayang, belum ada rezeki.. nanti mintak yang lain lak yer..?

-: Aku teringat sangat kat emak masa ni.. yer lahdalam sibuk-sibuk tengok ombak tsunami tu pon dia masi dok larang aku tak bagi pi dekat.. em kasih sayang mak kat anak yang sorang ni.. abadi selamanya.

Monday, December 26, 2005

Beras Secupak Jadi segantang..



Hari Isnin ni, aku masih tak keja lagi la.. yer la masih ada keja lagi nak kena buat, umah pon belum habis di kemas lagi. lepas bangun tido aku dah tak bermalas-malas dah ari ni, mana boleh di ajar selalu bermalas-malas macam ni nanti di badan ni jadi 'mua'. nak bermalas selalu. Pastu kena hanto mem aku pegi keja, dalam pukul 9.30 pagi aku balik, em tengok kakak aku dah hampar tikar getah dah, tanggal nak masukkan yang hujung-hujung tu kat bawah almari je, jadi dah tak banyak keja dah la, aku biarlah dulu aku keluar pegi pasar Kuala Perlis dulu , isk tengok takde ikan yang beselera pon, ikan temenung pon yang import punya, tak best la, so aku amik moto pegi ke Kuala Sungai Baru pulak, tak le jauh dalam 7Km je, tengok ada jugak ikan yang fresh-fresh, ye lah tempat pendaratan ikan nelayan pesisir pantai, mesti la ikan baru-baru lagi yang belum di ais kan, emm menjelang kol 11am aku dah balik umah dah.. sampai kat umah kakak aku habiskan la masukkan hujung tikar getah tu ke bawah almari.. aku angkat almari kakak aku hulurkan tikar getah kebawah.. Pastu abis la keja.. kakak aku masak, aku dok buat entry untuk blogathon aku..

Dalam kol 12 lebih tu JKK datang umah, dia cakap petang dalam kol 2 ptg ni pegi Sekolah Syed Alwi ambil bantuan mangsa banjir, itu lah kadang-kadang kita tak menyangka, sesuatu yang tak disangka boleh jadi kenyataan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. kadang-kadang beras secupak boleh jadi segantang.

Jadi lepas mandi, Lehor dan lunch, ada la dalam kol 2.30 kot aku pegi la, takut juga la aku nanti lewat payah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni. Sesungguhnya apa yang aku katakan ni benar.. bukan senag nak dapat bantuan dari kerajaan ni, dekat pukul 3.00 aku sampai kat sekolah, porang dah ramai, JKKK pulak dok sibuk mencari dan menghimpun anak buah masing-masing, mana yang dah didaftar nama dia, disahkan pulak kehadirannya, yang mana takde nama terpaksa lah balik saja.. yer lah ada yang air masuk bawah umah pon nak pi daftar jugak, yang ar berlinang kat halaman rumh tu ok gak, macam umah Pak Dan depan umah aku tu, air bertakung depan umah sampai 3, 4 ari, banyak gak ayam dia yang mati, teruatama anak-anak ayam dia, jadi kami tunggu la ketibaan bantuan dari kerajaan ni, ko 3.30 lum sampai, kol 4, tak juga sampai, isk kami dihidangkan dengan bihun, makan dulu, pukul 4.30 tak mai jugak, aku balik dulu la, nak pegi amik mem aku.

Dalam pukul 5.30 lepas sembahyang Asar, lepas cal kawan aku, di kata tak mai lagi tapi dah dekat dah, jadi aku pegi la pulak, yer lah bukan senang nak dapatkan bantuan dari kerajaan, tunggu punya tunggu dah nak masuk Maghrib baru lah rombongan yang nak bagi bantuan tu sampai, aku risik-risik juga la psai apa yang boleh jadi lambat macam ni? baru la aku tau citer yang pasukan ni terdiri dari 2 pasukan, 1 pasukan ni Dato Seri yang terajui, pegi kawasan Tambun Tulang dan sekitarnya, dan satu Pasukan lagi terdiri dari Datin Seri, oo macam tu 2 pasukan je? Lah, kalau dah 2 pasukan naper la tak atur jadual? Ni pehal sampai sumer tempat yang di suruh berkumpul pukul 2 petang, tak ker bengong tu, orang yang atur tu, dengan yang tunggu kat tempat berkumpul sama-sama jadi bengong, satu bengong tak tau nak keja satu bengong dok tunggu tak de keja..

Iyer lah, bukan senang nak dapat bantuan dari kerajaan ni, ramai la pakcik, makcik, kak cik dan adik cik yang tunggu sampai Maghrib, ada yang terlena di tempat duduk, ada yang teralepas Asar pon ada, yer lah nak tunggu bantuan kerajaan, bukan senang, terlepas kang melopong, jadi pakat tunggu dengan penuh harapan, lepas akhirnya bantuan tiba, lega la rasa makcik pakcik dan adik cik sekelian termasuk juga la aku dan kawan-kawanku mangsa banjir ni, dengan penuh harapan kami menanti akhirnya dapat la sorang RM50.00 dan beras 5 kg sekampit, Alhamdulillah, Alhamdulillah untuk rezekiNya, juga kesabaran kami menanti dan kemurahan hati kerajaan. Allah selamatkan lah Kerajaan!!


nih kesian adik ni, punya la lama tunggu sampai tension, tu yang mengembut rokok daun dulu tuh.....

Saturday, December 24, 2005

Temaktub sudah aku ni mangsa banjir

Pagi Ahad ni macam biasa lepas sembahyang Subuh sempat lagi aku bermalas-malasan.. kiranya dalam pukul 9.00 baru la aku bangun.. emm tengok kiri kanan banyak jugak perkara yang nak di buat, ye lah mangsa banjir.. air pon dah surut.. kat dalam umah aku masih lagi lintang pukang dengan selutnya, denagan kertas mertas nya, barang-barang dalam dapur lagi... anak ular dan cacing pon ada dalam umah.. jadi banyak la jugak keja... lepas angkat dua tiga barang, clearkan pengaliran keluar air... aku rest kejap.. sempat pegi nat lagi... beli ikan, sayur, buah-buahan sikit, beli makanan untuk sarapan dan paper aku pon balik la. Apa yang menariknya isu hangat yang banyak di bualkan di nat ni hanya lah " ghumah hang naik ayaq dak? ", " Ayaq dalam dak naik umah" , "Takat mana ayaq naik, ghumah aku sampai takat pinggang" , dan macam macam soalan yang di bincang, yang pastinya hanya bersekitar satu perkara, air naik, bah , dan banjir... huh isu hangat tu.. dan aku dapati ramai jugak peniaga yang tak meniaga lagi, mungkin rumah diaorang masih banjir lagi kot..?


Sampai umah, lepas sarapan, tengok paper kejap, aku teruskan keja membasuh dan mencuci, karpet la, tikar getah la, kakak aku tolong jugak la membasuh ni.. tinggal la mem aku tak leh keja berat jadi dia memasak saja.. sampai la dekat nak Lehoq baru la selesai.. pas mandi dan lunch dapat la aku rehat kejap. Petang nya dalam kol 3 lebih kami kuar la pulak, nak pi merayau la, dah lama tak merayau, jadi kami pi amik mak mentua, kakak ipar, adik ipar, pegi la jejalan kat Pekan Jitra. Tengok bekas air bah.. aku tengok air dah surut dah, tapi masih banyak umah yang di naiki air, ban yang di korek nak bagi air cepat lalu pon banyak jugak, ada juga tandop yang pecah... isk kiranya meman teuk la banjir kat sana... kesannya masih leh nampak.. terutamanya sawah padi, banyak jugak yang musnah, keisan, sedih dan simpati aku pada depa, mau tak nya, padi dah kuar, dah hampir masak.. tau-tau musnah macam tu aje.. sedih aaa..? terkilannya aku aku tak dapat nak abadikan dalam blog ni gambo-gambo tu pasal aku drive.. macam mana aku nak tangkap gambo.. nak berenti jalan kecik, kereta lak berderet, isk apo la nak aku buat.

dah dekat nak sampai pekan Jitra aku tengok berderetnya kereta, la ada pesta apa pulak? Terhenjut-henjut keta nak pi, alah macam hari raya la pulak, biasanya tak la jem sampai macam ni. Selepas sekian lama terhenjut-henjut tu, boleh juga masuk ke Pekan Jitra, uh ramainya menesia... Aku tengok masih banyak kesan banjir kat situ, peniaga masih banyak yang tak bukak kedai, dan ada yang bukak pon sekerat je, pasal diaorang masih dok membersihkan kesan lumpur kat dalam kedai, dan setengah tempat tu aku tengok ramai lak orang dok berkerumun, laaa.. ada pekedai dok lelong barangan kedai yang tenggelam dek air.. isk murah murah jugak barang dia.. kami kat sana sampai kol 6 lebih dah, niat tu nak pi cari baju sekolah adik ipar aku tu, last-last orang ramai sangat, baju pon takde yang berkenan kami balik macam tu aje la.. lepas singgah satu masjid tu, ntah kat mana tak dan aku nak tgk signboard,.. kami balik la, on the way tu singgah makan Nasi Lemak Batu 6, sedap jugak nasi lemak dia, makan dengan kari ikan mamak style.. uh ada ummmphh ooo... lepas anto mak mentua dan adik serta kak ipar, kami terus balik umah..

Sampai je umah aku tengok ada satu bungkusan kat dapur.. emm dalam bungkusan tu aku tengok ada beras 5 kilo, ada minyak masak, ada gula, ada sardin dan ada milo 1 pack 250gm.. heran jugak aku bungkusan apa..? Rupa-rupanya ada orang datang bagi untuk mangsa-mangsa banjir kat kampung aku dan kampung-kampung bersebelahan.. jadi dengan rasminya aku ni dan keluarga aku dah diiktiraf sebagai mangsa banjir dan layak mendapat bantuan.. mungkin bantuan yang di bagi ni adalah bantuan kecemasan, dan mungkin ada lagi bantuan yang akan di berikan. Hmm manalah sapa tau kan..

Termenung aku di kala kesorangan...

Hari ni aku keja sebenarnya.. tapi ntah macam tak keja pun, yelah pepagi aku mai pejabat nak punch kad.. tapi punch kad off, tak leh la nak punch kad.. so aku masuk keja macam biasa la ari sabtu jam 9.00 (untuk rekod) dan aku datang keja macam biasa lepas antar mem aku pegi keja. SO sepanjang pagi aku tunggu kat kauter .. takde sowang manusia pon yang masuk.. nak kata tak tau perkhidmatan di buka.. bulan-bulan sebelum tu ada juga manusia yang masuk.. jadi tercongok lah aku kat kaunter tu.. sampai lah tengah hari.. dek sebab aku keja sowang takde partne nak ganti.. terpaksa la aku tutup kejap dalam kol 1.00 tgh sampai la kol 2 petang .. ye la.. aku nak makan.. nak hanto makanan kat mem aku lagi.. nak semayang Zuhor lagi... hah terpaksa la aku tutup..

Petangnya benda serupa jugak berulang.. takde sesapa pon yang datang.. alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dan betapa pula membazir kos letrik .. yer la dalam dok berjimat aku hanya bukak satu lampu.. satu aircon dan satu komputer.. tapi kos akan keluar jugak kan..?

Nak kau syorkan kat bos supaya ari sabtu tak yah bukak servis.. kang aku tau bos kata orang akan komplen.. pasai apa library tutup sampai dua ari.. dalam tutup satu ari pon ada orang komplen.. kang masuk surat khabar jenuh lak nak berjawab.. tapi tu la.. kalau bukak berapa kerat yang nak mai.. mai pon ikut masa juga.. biasanya kalau nak ada owang pon dalam bulan 3 baru nak ada owang pastu akan berlarutan sampai bulan 11 je.. biasanya abis peksa spm stpm owang dah tak mai library gi dah...

Satu lagi ni aku nak membebel pasal aktiviti kanak-kanak ni.. isk payah betul sekarang nak buat aktiviti,,, yer lah nak buat aktiviti perlu ada budak-budak baru leh buat.. kalau takdak macam mana nak buat. Sekarang ni dah payah nak cari budak-budak nak buat aktiviti.. yer lah nak salahkan dia orang pon tak boleh.. mak pak dia orang nak bagi anak depa pandai.. jadi kena la hantaq tuisyen.. jadi siang malam, ujung minggu ka.. ada saja tuisyen.. jadi celah mana kami nak cari orang nak buat aktiviti.. mungkin aku patut syor kan supaya kelab kanak-kanak ni di bubarkan.. ye lah akalu dah takde owang nak masuk aktiviti buat apa lagi kelab..? tapi dalam celah nak cadangkan tu.. ada jugak bebudak mai daftar nak masuk kelab, nak beraktiviti.. tapi bila kita aturkan aktiviti.. depa kata kena pi tuisyen lak.. aduh.. tak ke tension gitu...

Thursday, December 22, 2005

Hari Jumaat, tapi masjid tak de orang..?


Ari ni aku malas nak balik umah, kalau balik umahpon bukan ada sesapa, kak aku keja, mem aku pon keja, jadi aku lepak kat pejabat la.. leh juga layan blog.. leh aku buat update dan boleh jugak aku berkunjung ke blog sesapa.. lepas aku updatekan blog, masukkan gambo sekeping dua, pastu updatekan photo blog dengan gambo2 masa banjir, sempat juga merayau satu dua tempat.. pastu mem aku tepon nak makan.. aku pegi la hantar.. lebih kurang kol 12.40 balik ke pajabat balik.. pinjam moto kat kak Ngah nak pi sembahyang kat masjid Alwi Kangar, sekali aku tengok kosong jer kawasan masjid.. aih check jam aku.. dah pukul 1.10 dah takkan aku silap ari kot, kalau silap ari pon takkan tak dak owang langsung.. check jam aku sekali lagi... la betul la ari jumaat, takkan minggu ni cuti sembahyang jumaat, laa rupa-rupanya masjid ditutup la, baru lepas kena banjir, tak sempat di cuci lagi... aku terus amik moto pegi semayang kat masjid Putra, punya la ramai orang, ye lah dah di gabungkan dua masjid menjadi satu... eh pastu tambah satu lagi kariah behor Empiang pasal masjid dalam pembinaan.. punya la sesak..nak kuar masjid pon susah... apa-apa pon alhamdulillah dapat juga aku menunaikan sembahyang jumaat.. lepas tanggungjawab aku minggu ni,..

Petangnya dah abis masa keja aku nak pi amik mem aku kat Ulu Pauh, smp kat traffic light Arau tu, rasa dahaga lak, jadi aku singgah one of the kedai dekat2 situ, beli mineral water satu cukup la.. entah macam mana masa nak tekan, kunci keta tu terjatuh la pulak.. pastu bila aku tekan je dah tak der aper2 bunyi.. aaa sudahhh mesti masa jatuh ni rosak.. dah berkali2 aku tekan tak mou juga.. abisnya mau tak mau aku buka guna kunci la.. isk apa lagi berkeriau sakan la alarm keta tu.. jenuh pulak aku nak cari reset button dia.. cari punya cari dok kat bawah dashboard.. dah reset baru la ok.. fuhh angkat je kepala.. tengok owang kiri kanan dok pancang semacam je.. isk diorang ingat aku ni nak curi keta tu kot.. emm pencuri keta sendiri.. nasib baik takde yg repot polis.. kang bersoal jawab lak aku dalam lokap..

Lepas amik mem balik umah dah smp kol 6.15 petang kat umah.. aahh lega ati aku tengok air dah surut.. kiranya kat depan umah aku tu dah clear dah.. cuma ada sikit lagi.. err dalam 6 inch lagi tinggi air kat belakang umah.. ok la tu. Masuk umah tgk kat dapor dah tak der air.. cuma kat bilik arwah mak je masih ada air.. emm bilik tu mmg rendah.. jadi lambat la sikit.. tak pe tu esok ari sabtu mesti kering abis la.. pasni memang banyak la yang kena basuh ni.. adus sabo je lah... ok la. dah malam beno.. mem pon dah tido..sejuk la kat sini.. maklum la dah masuk winter wind ni.. sejuk giler la.. tapi tak le sesejuk si parjoe tu.. aper la dia buat sejuk2 macam ni yer..?